A+    A-
      ENGLISH | PETA LAMAN
     Anda berada di > Laman Utama > Soalan Lazim > Perkahwinan Dan Penceraian

 
1. Apakah yang akan terjadi kepada perkahwinan-perkahwinan yang diupacarakan tidak mengikuti     peruntukan-peruntukan di bawah Akta ini ?
     Sesuatu perkahwinan yang diupacarakan tidak mengikut peruntukan-peruntukan di bawah Akta adalah TAK SAH.

2. Siapakah yang boleh mengupacarakan perkahwinan ?
      Perkahwinan hanya boleh diupacarakan oleh seseorang yang telah dilantik sebagai Pendaftar Perkahwinan. Di bawah       Akta ini Pendaftar Perkahwinan termasuklah Penolong Pendaftar Perkahwinan.

3. Bolehkah seseorang yang tidak dilantik sebagai Pendaftar Perkahwinan mengupacarakan sesuatu     Perkahwinan ?menjadi warganegara Malaysia dan di mana dan bagaimanakah boleh saya berbuat     demikian ?
     Tidak boleh. Adalah menjadi kesalahan jika ia melakukannya dan penaltinya ialah hukuman penjara tidak lebih daripada      10 TAHUN dan DENDA tidak lebih daripada RM 15,000 (Lima Belas Ribu Ringgit).

4. Jika pihak yang ingin berkahwin atau mendaftar perkahwinan didapati memberikan butir-butir peribadi      yang palsu, apakah hukumannya ?
     Oleh sebab maksud pemalsuan ialah untuk mendapatkan perkahwinannya diupacarakan atau didaftarkan maka adalah      menjadi satu kesalahan dan jika disabitkan dikenakan penjara selama tempoh tidak lebih daripada 3 tahun atau denda      tidak lebih daripada RM 3,000.00 (Tiga Ribu Ringgit) atau kedua-duanya sekali.

5. Apakah kesalahannya dan hukumannya jika seseorang yang telah berkahwin dan perkahwinannya     itu masih sah, berkahwin sekali lagi ?
     Orang itu akan melakukan kesalahan di bawah Seksyen 494 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahannya boleh      dipenjara tidak lebih daripada 7 tahun dan juga boleh didenda.

6. Bolehkah tempoh selama 21 hari untuk mempamerkan Pemberitahu Perkahwinan dikecualikan untuk     perkahwinan-perkahwinan yang akan diupacarakan di Pejabat Jabatan Pendaftaran Negara ?
     Boleh. Salah seorang atau kedua-duanya pihak yang ingin berkahwin boleh memohon untuk mendapatkan satu lesen      pengecualian daripada Menteri Besar atau Ketua Menteri Negeri yang berkenaan. Bayaran untuk lesen ialah RM 100.00      (Seratus Ringgit).

7. Bolehkah salah satu daripada pihak-pihak yang berkahwin membuat petisyen untuk perceraian dan      jika boleh, bilakah ia boleh berbuat demikian ?
     Boleh.Salah seorang daripada pihak kepada perkahwinan boleh membuat petisyen untuk perceraian ke Mahkamah      hanya jika :- Selepas tamat tempoh dua tahun dari tarikh perkahwinan; dan Kes ini telah dirujukkan kepada satu      Badan Pendamai yang telah tidak berjaya mendamaikannya

8. Apakah makna Badan Pendamai ?
     Badan Pendamai :-
     Satu badan yang telah ditubuhkan oleh pihak berkuasa sesuatu agama, puak, kaum, atau persatuan dengan tujuan
     untuk pendamaian; atau Satu Tribunal Perkahwinan yang telah ditubuhkan oleh pihak berkuasa di daerah-daerah
     perkahwinannya yang berkenaan.

9. Ada apa-apa pengecualian yang boleh diberi ke atas syarat-syarat yang telah ditentukan untuk     membuat petisyen perceraian ?
     Ya, hanya dalam keadaan berikut :-
     Jika salah satu daripada pihak yang berkahwin telah memeluk agama Islam, pihak yang tidak memeluk agama Islam
     boleh memohon untuk bercerai selepas 3 bulan daripada tarikh pihak yang memeluk Islam tanpa perlu merujuk kes
     tersebut kepada Badan Pendamai/Tribunal. Jika suami dan isteri saling bersetuju untuk menamatkan perkahwinan
     mereka, mereka boleh, setelah tamat tempoh dua tahun perkahwinan mereka membuat petisyen usahasama untuk
     bercerai tanpa merujuk kes mereka kepada Badan Pendamai/Tribunal. Seseorang Hakim Mahkamah, boleh setelah ia
     menerima permohonan, membenarkan pengemukakan satu petisyen untuk perceraian lebih awal dari tempoh 2 tahun
     yang ditetapkan berdasarkan kepada keadaan-keadaan yang luar biasa atau kesusahannya yang dialami oleh orang
     yang membuat petisyen.

10. Bagaimanakah cara merujukkan masalah kepada Badan Pendamai/Tribunal Perkahwinan ?
       Pemohon dikehendaki melengkapkan dan menandatangani sendiri Borang JPN.KC14 dan menghantarkannya kepada
      JPN.

11. Bilakah pendengaran akan diadakan ?
      Surat panggilan menerusi borang JPN.KC27 akan dihantar secepat mungkin oleh Badan Pendamai/Tribunal
      Perkahwinan supaya sesuatu masalah diselesaikan dalam masa 6 bulan dari tarikh ia dirujuk kepada Badan
      Pendamai/Tribunal Perkahwinan.



 
Hakcipta Terpelihara 2008 - Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia

PENAFIAN
Kerajaan Malaysia dan Jabatan Pendaftaran Negara tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan
disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.

Paparan terbaik menggunakan Internet Explorer 7.0 & Mozilla Firefox dengan resolusi 1024*768


DASAR PRIVASI | DASAR KESELAMATAN