Makluman: Borang dalam laman web hanya untuk panduan. Tidak digalakkan untuk mencetak dan menggunakan borang tersebut untuk berurusan di Bahagian Perkahwinan dan Perceraian. Bagi urusan di bahagian ini, sila gunakan borang asal.

Pendaftaran Perkahwinan Orang-Orang Yang Bukan Beragama Islam

Prosedur Memohon

Syarat Permohonan

Pemohon dikehendaki datang ke Kaunter JPN/Penolong Pendaftar yang dilantik/Pejabat Konsul/Kedutaan Malaysia dan membawa dokumen sokongan :-

  • Kad Pengenalan Diri

  • Passport bagi warganegara asing

  • 1 keping gambar berwarna (32mm X 38mm

  • Borang persetujuan/Lesen (jika berkaitan)

  • Sijil Kelahiran (untuk pemohon yang berumur 16-20 tahun)

  • Sijil Kematian (jika berkaitan)

  • Surat Pengesahan Taraf Perkahwinan (Bujang)

Jika bercerai:

  1. Surat pengesahan taraf perkahwinan selepas cerai (asal)

  2. Dikri nisi perceraian mutlak (asal dan fotostat


 

Perkahwinan biasa / normal :

  • Permohonan akan dipamerkan selama 21 hari dari tarikh permohonan

  • Mengisi Borang JPN.KC02 dengan lengkap dan disertakan dengan dokumen sokongan.

  • Bayaran : RM 30.00

Perkahwinan lesen khas :

  • Permohonan perkahwinan tanpa notis pemberitahuan (21 hari) dan perakuan untuk perkahwinan.

  • Perlu mendapatkan kelulusan daripada Penolong Pendaftar Besar/ Pendaftar Besar/ Penguasa Negeri / Menteri / Menteri Besar.

  • Mengisi Borang JPN.KC02 dan KC01C (lesen khas) dengan lengkap dan disertakan dengan dokumen sokongan.

  • Bayaran :
    Lesen JPN.KC01C :- RM 100
    Bayaran proses :- RM 20.00


 

Hakcipta Terpelihara © 2007 Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia