|
Pemohon dikehendaki datang ke Kaunter JPN bersama Penganjur dan membawa dokumen sokongan berikut (asal dan salinan) :-
-
Sijil Kelahiran / Sijil
Anak Angkat / Sijil Warganegara / Pengesahan Taraf
Warganegara / Borang Warganegara / Lampiran A (JHEOA)
/ Permit Masuk.
-
Kad Pengenalan Penganjur
iaitu Ibu atau Bapa atau Penjaga.
-
Surat Akuan Sumpah (bagi
Penjaga yang tidak mempunyai hubungan kekeluargaan
iaitu selain dari ibu/bapa/datuk/nenek/ibu atau bapa
saudara/kakak atau abang yang berusia melebihi 21
tahun).
-
Pasport (bagi Warganegara
yang baru tiba dari Luar Negara / pemegang Permit
Masuk).
Mengikut Peraturan 3,
Peraturan-peraturan Pendaftaran Negara 1990(Pindaan 2001)
setiap orang wajib mendaftar untuk mendapatkan Kad
Pengenalannya. |
|
-
Pemohon mestilah telah berumur genap 12 tahun
tetapi belum mencapai umur 16 tahun.
-
Pemohon hadir bersama Penganjur
(ibu atau Bapa atau Penjaga).
-
Borang Permohonan JPN.KP01 (dapatkan di kaunter
JPN) telah diisi dengan lengkap.
-
Pemohon mestilah membuat permohonan dalam tempoh
30 hari dari tarikh genap berumur 12 tahun. Jika tidak,
bayaran kompaun dan proses akan dikenakan.
Bayaran Tunai / elektronik :-
Warganegara
Rujuk 'Jadual Pembayaran 1A'
Bukan Warganegara
Rujuk 'Jadual Pembayaran 1B'
|