(a) Kelahiran Dalam Negeri dan di Luar Persekutuan
Perkara 1 14(1)(a), Perlembagaan Persekutuan.
Kewarganegaraan dengan cara kuatkuasa undang-undang bagi orang-orang yang lahir sebelum Hari Malaysia
(16 September 1963)
Bahagian 2 Perkara 14(1)(b) Perlembagaan Persekutuan.
Kewarganegaraan dengan cara kuatkuasa undang-undang bagi orang-orang yang lahir pada atau selepas Hari Malaysia
(16 September 1963)
|
-
Pemohon dikehendaki hadir ke Kaunter JPNM Ibu Pejabat Putrajaya atau Ibu Pejabat JPN setiap Negeri atau JPN Cawangan dan membawa bersama dokumen-dokumen asal berserta salinan fotostat seperti berikut:
Dokumen sokongan:
- Sijil Kelahiran orang yang hendak didaftarkan.
- Terjemahan sijil kelahiran dalam Bahasa Malaysia atau Inggeris
(Jika kanak-kanak lahir di luar Negara.)
- Kad Pengenalan Ibu Bapa.
- Sijil Kelahiran ibu bapa.
- Sijil Warganegara ibu bapa.
- Sijil Kahwin / Nikah ibu bapa yang didaftarkan di Persekutuan.
- 3 keping gambar warna foto orang yang hendak didaftarkan
(berukuran 32 mm x 38 mm)
Nota:
Semua salinan fotostat dokumen-dokumen sokongan hendaklah dibuat diatas kertas bersaiz A4.
|
a. Pemohon dan subjek
(orang yang hendak didaftarkan) hendaklah hadir di hadapan Pendaftar Warganegara / Penolong Pendaftar Warganegara semasa mengemukakan pemohonan
b. Pemohon adalah:-
i) Bapa atau Ibu atau
ii) Penjaga atau saudara mara terdekat.
iii) Subjek sendiri.
c. Mengisi Borang E dengan lengkap dan sertakan salinan fotostat dokumen sokongan.
d. Bayaran
i)RM 2.00 bayaran Permohonan
ii)RM 10.00 bayaran pengeluaran sijil Pengesahan Taraf.
Nota: Bayaran dalam bentuk wang pos boleh diterima dalam nilai RM 10.00 sekeping. |
(b) Kelahiran Luar Negara
Bahagian 2 Perkara 14(1)(b) Perlembagaan Persekutuan.
Kewarganegaraan dengan cara kuatkuasa undang-undang bagi orang-orang yang lahir pada atau selepas Hari Malaysia (16 September 1963)
Seksyen 1(c) Bahagian 2, Jadual Kedua Perlembagaan.
Seseorang yang lahir pada atau selepas Hari Malaysia di luar Persekutuan yang bapanya pada masa kelahiran itu seorang warganegara. |
Pemohon dikehendaki hadir ke Kaunter JPNM Ibu Pejabat Putrajaya atau Ibu Pejabat JPN Setiap Negeri atau Pejabat Konsul di Luar Negara dan membawa bersama dokumen-dokumen asal berserta salinan fotostat seperti berikut:
Dokumen sokongan:
- Sijil Kelahiran Luar Negara kanak-kanak
- Terjemahan sijil kelahiran dalam Bahasa Malaysia atau Inggeris.
- Kad Pengenalan Ibu Bapa.
- Sijil Kelahiran ibu bapa.
- Sijil Warganegara ibu bapa.
- Sijil Kahwin / Nikah ibu bapa.
- Pasport / Dokumen perjalanan kanak-kanak, ibu dan bapa.
- 3 keping gambar warna foto orang yang hendak didaftarkan (berukuran 32 mm x 38 mm)
Nota:
Semua salinan fotostat dokumen-dokumen sokongan hendaklah dibuat diatas kertas bersaiz A4. |
a)Pemohon dan subjek
(orang yang hendak didaftarkan) hendaklah hadir di hadapan Pendaftar Warganegara / Penolong Pendaftar Warganegara / Pegawai Konsul semasa mengemukakan pemohonan
b) Pemohon adalah:-
i) Bapa atau
ii) Ibu atau
c) Mengisi Borang D dengan lengkap dan sertakan salinan fotostat dokumen sokongan.
d) Bayaran
i) RM 20.00 bayaran permohonan
ii) RM 10.00 bayaran pengeluaran sijil oleh Kedutaan
iii) RM 30.00 bayaran pengeluaran sijil oleh Pendaftar Besar Warganegara dengan kelulusan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri.
Nota:
Bayaran dalam bentuk wang pos boleh diterima dalam nilai RM 10.00 sekeping. |