Aplikasi MyKad > Aplikasi Utama > Aplikasi e-Tunai
 


Aplikasi dompet elektronik di dalam MyKad. Urusniaga MEPS Cash membolehkan anda membuat bayaran tanpa tunai untuk jumlah tidak melebihi RM2,000. Tambah nilai e-Tunai boleh dilakukan di kaunter-kaunter tambah nilai MEPS Cash dan mesin ATM. Pembayaran boleh dibuat di mana-mana kaunter yang tertera logo MEPS Cash.

 
Kelebihan MEPS Cash
Bagi para pengguna:
•Menggantikan wang kertas dan syiling
•Bayaran tepat untuk nilai belian
•Tidak perlu tunggu baki wang
•Lebih mudah dan cepat
•Tidak perlu PIN
•Diterima di premis perniagaan dan juga pembayaran di internet
Premis perniagaan yang menerima bayaran MEPS Cash dapat mengurangkan risiko pengurusan tunai (rompakan, kecurian, dsb) kerana ianya dikreditkan terus ke akaun bank.
 
Bagaimana untuk tambah nilai MyKad dengan MEPS Cash?
MEPS Cash yang boleh ditambah nilai ialah serendah RM10.00 dan had maksimanya adalah RM2,000.00.
Di agen tambah nilai MEPS Cash yang dilantik. Anda bayar wang tunai dan MEPS Cash akan ditambah nilai menggunakan terminal EDC (EDC Electronic Data Terminal).
Di lebih 6,000 mesin ATM tetapi MyKad anda mestilah diaktifkan dengan fungsi ATM. Anda boleh berjumpa dengan kakitangan bank yang tersenarai ini:
1.Bank Islam
2.CIMB Bank
3.Maybank
4.Public Bank
 
Mudahnya Dengan MEPS Cash
1.Tambah nilai MEPS Cash dalam MyKad di agen tambah nilai atau mesin ATM.
2.Gunakan MEPS Cash untuk bayaran di premis perniagaan/agensi Kerajaan ataupun di laman web/internet yang mempamerkan logo MEPS Cash
 
Membayar dengan MEPS Cash di Kaunter
Beritahu juruwang anda membayar dengan MEPS Cash dan berikan MyKad anda.
1. Juruwang akan memasukkan MyKad ke dalam slot terminal dan baki semasa MEPS Cash anda akan tertera di skrin.
2. Juruwang memasukkan nilai pembelian. Tekan “OK” sekiranya jumlah nilai adalah betul.
3. Ambil resit dan MyKad anda setelah bayaran selesai.
 
Membayar MEPS Cash di Internet
1.Dapatkan pembaca kad pintar dan sambungkan ke komputer peribadi anda atau lawat mana-mana kafe siber yang mempamerkan logo MEPS Cash.
2.Buat pembelian di laman web dan masukkan kad ke dalam pembaca kad. Klik “Bayar”.
3.Apabila bayaran di internet telah berjaya, anda boleh cetak resit dan keluarkan MyKad dari pembaca kad.
 
Kemudahan Lain dengan MEPS Cash
Terdapat juga Skim Loyalti MyKad dimana MyKad adalah kad loyalti anda. Dapatkan mata ganjaran “MyKad Points” bagi pembelian anda di premis perniagaan yang mengambil bahagian. MyKad Points yang dikumpul boleh ditebus dengan e-Tunai (MEPS Cash) yang akan ditambah nilai ke dalam MyKad. Gunakan MEPS Cash untuk bayaran perbelanjaan anda di mana-mana premis perniagaan/agensi kerajaan dan laman web/internet yang mempamerkan logo MEPS Cash
 
Sekiranya Kehilangan MyKad atau Cip Rosak
e-Tunai dalam dompet elektronik MyKad mempunyai risiko yang sama seperti wang kertas dan syiling yang disimpan di dalam dompet ataupun beg tangan. Cara terbaik dan bijak ialah tambah nilai apabila perlu membuat bayaran secara e-Tunai bagi mengelak kerugian sekiranya kehilangan MyKad.
Sekiranya MyKad telah ditambah nilai dengan MEPS Cash tetapi tidak dapat digunakan untuk pembayaran kerana cip yang rosak, isi borang yang berkenaan di kaunter JPN (atau muat turun dari www.mepscash.com.my) untuk proses pengembalian oleh e-Kencana Sdn Bhd.
 
* Untuk maklumat lanjut sila layari laman web MEPS Cash di alamat berikut www.mepscash.com.my