Permohonan Surat Pengesahan Taraf Perkahwinan

 
 
PERMOHONAN SURAT PENGESAHAN TARAF PERKAHWINAN.
 
PENERANGAN AM
Permohonan ini adalah bertujuan untuk mendapatkan pengesahan taraf perkahwinan bagi warganegara Malaysia yang bukan Islam sahaja yang ingin berkahwin di luar negara.
 
SYARAT-SYARAT PERMOHONAN
1. Permohonan boleh dikemukakan di kaunter, Ibu Pejabat JPN, Putrajaya sahaja atau jika melalui pos yang perlu dialamatkan kepada.
Ketua Pengarah 
Jabatan Pendaftaran Negara 
(Bahagian Perkahwinan dan Perceraian)
No. 20, Persiaran Perdana 
Presint 2 
62551 PUTRAJAYA.
(Jika permohonan dihantar melalui pos, alamat surat menyurat yang tepat dan boleh dihubungi perlu dinyatakan).
2. Tempoh sahlaku Surat Pengesahan Taraf Perkahwinan adalah 150 hari dari tarikh surat dikeluarkan.
 
DOKUMEN YANG PERLU DIKEMUKAKAN
1. Borang JPN.KC09 wajib dilengkapkan sepenuhnya terutamanya nombor dokumen pengenalan dan nama pasangan serta tahun carian.
2. MyKad  (salinan fotostat MyKad jika permohonan melalui pos).
3. Salinan dokumen pengenalan diri yang mengandungi maklumat diri bagi bakal pasangan bukan warganegara Malaysia.
4. Surat permohonan dengan menyatakan tujuan permohonan.
5. Akuan Berkanun yang menyatakan status perkahwinan pemohon yang terkini. Jika pemohon berada di luar negara, akuan berkanun tersebut perlu dibuat di hadapan pihak perwakilan Malaysia di negara terdekat.
6. Pemohon perlu memberikan surat wakil kuasa kepada ibu, bapa, abang, kakak, atau peguam untuk menguruskan permohonan ini, jika berkaitan. 
7. Surat permohonan daripada pihak peguam berserta surat wakil kuasa dari pemohon jika permohonan dibuat melalui peguam.
 
BAYARAN
RM5.00 bayaran bagi setiap tahun yang dikehendaki bagi carian perkahwinan.
 
SENARAI SEMAK
 
NOTA :
Surat Pengesahan Taraf Perkahwinan yang telah dikeluarkan oleh Ibu Pejabat, Jabatan Pendaftaran Negara, Putrajaya dicadangkan untuk disahkan oleh Kementerian Luar Negeri (Wisma Putra) di  Putrajaya, Kuching atau Kota Kinabalu sebelum boleh digunapakai di luar negara. Sila berhubung dengan perwakilan negara asing terdekat mengenai keperluan pihak mereka.
 
   
Dikemaskini pada 3 Julai 2013