Carian Dalam Daftar Kewarganegaraan

 

PERMOHONAN CARIAN DALAM DAFTAR KEWARGANEGARAAN

PENERANGAN PERMOHONAN 
Bagi mereka yang hendak mendapatkan carian ke atas Surat Permohonan, Sijil, Notis, Perintah, Akuan Dalam Daftar yang diberi di bawah Bahagian lll, Perlembagaan atau di bawah peruntukan-peruntukan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu, 1948 ia boleh membuat satu permohonan bertulis dalam borang yang ditetapkan.
SYARAT PERMOHONAN
1. Mengisi Borang O dengan lengkap dan sertakan salinan dokumen bersaiz A4 yang perlu dibawa bersama.
PROSEDUR PERMOHONAN
Permohonan boleh diterima di mana-mana kaunter  Bahagian Kewarganegaraan Ibu Pejabat JPN Putrajaya /JPN Negeri/Cawangan atau melalui pos. 
DOKUMEN YANG PERLU DIKEMUKAKAN (ASAL DAN SALINAN)
1. Butir-butir maklumat untuk pengeluaran carian (seperti No. Sijil, Perkara, tempat dan tarikh dikeluarkan jika ada).
2. No. Kad pengenalan pemohon (jika nama pemohon tercatat dalam Sijil Warganegara ibu/bapa, kembarkan sijil kelahiran).
3. Berikan sebab-sebab memohon carian dengan jelas dalam borang permohonan serta nyatakan tahun carian Sijil Warganegara dikeluarkan.
4. Pemohonon boleh dibuat oleh: 
Pemilik dokumen atau 
Ibu/bapa pemilik dokumen atau 
Suami/isteri pemilik dokumen atau 
Anak kepada pemilik dokumen atau 
Waris terdekat (datuk/nenek sahaja)
BAYARAN
1.    RM5.00 bayaran bagi carian satu tahun atau sebahagian darinya RM5.00
2.    RM5.00 bayaran bagi carian tambahan bagi setiap tahun atau sebahagian  darinya RM5.00
 
Nota: Bayaran boleh dibuat dalam bentuk wang tunai atau wang pos dalam nilai RM5.00 sekeping.
 
Makluman: Semua permohonan urusan kewarganegaraan hendaklah menggunakan borang asal .  Borang-borang boleh didapatkan daripada Ibu Pejabat JPN Putrajaya atau mana-mana Ibu Pejabat JPN Negeri/Cawangan. Bagi permohonan pendaftaran kelahiran luar negara dan pelepasan kewarganegaraan,  borang boleh juga didapatkan dari Pejabat Konsul di luar negara.
 
Dikemaskini pada 28 Mei 2013