Gantian Sijil

GANTIAN SIJIL KEWARGANEGARAAN

PENERANGAN PERMOHONAN

Seksyen 53 – Kaedah-kaedah Kewarganegaraan 1964 (Pindaan 1996)

  • Jika sesiapa ingin mendapatkan gantian ke atas Sijil Kewarganegaraan yang hilang, rosak atau binasa, ianya boleh membuat satu permohonan bertulis dalam borang yang ditetapkan.

SYARAT PERMOHONAN

  • Mengisi Borang P dengan lengkap dan sertakan salinan fotostat dokumen sokongan bersaiz A4.

PROSEDUR PERMOHONAN
Permohonan boleh diterima di mana-mana kaunter  Bahagian Kewarganegaraan Ibu Pejabat JPN Putrajaya /JPN Negeri atau melalui pos dengan mengemukakan maklumat-maklumat dan membawa bersama dokumen-dokumen asal beserta salinan seperti berikut.

DOKUMEN SOKONGAN

  • No. Sijil, Perkara, tempat dan tarikh dikeluarkan (jika ada).
  • Kad pengenalan pemohon/Cabutan Butir-butir dari Daftar Kad Pengenalan.
  • Sijil Kewarganegaraan (jika ada)
  • 2 keping gambar warna sabjek berukuran pasport.
  • Pemohonon boleh dibuat oleh:
    • Pemilik dokumen atau
    • ibu/bapa pemilik dokumen atau
    • suami/isteri pemilik dokumen atau
    • anak kepada pemilik dokumen

BAYARAN
1.  RM7.00 bayaran pendaftaran permohonan.

Nota: Bayaran boleh dibuat dalam bentuk wang tunai atau wang pos dalam nilai RM2.00 sekeping dan RM5.00 sekeping.

Makluman: Semua permohonan urusan kewarganegaraan hendaklah menggunakan borang asal yang bercetak.  Borang-borang boleh didapatkan daripada Ibu Pejabat JPN Putrajaya atau mana-mana Ibu Pejabat setiap Negeri.  Kecuali permohonan pendaftaran kelahiran luar negara dan pendaftaran Pelepashakan kewarganegaraan borang boleh juga didapatkan dari Pejabat Konsul di luar negara.