MyKid


 

mxcpmykid1

MyKid merupakan kad pengenalan atau pengenalan diri kanak-kanak bercip yang dikeluarkan kepada kanak-kanak yang berumur di bawah 12 tahun.Ciri MyKid adalah sama seperti MyKad cuma ia tidak mempunyai gambar dan cap jari.

” My ” membawa maksud “Malaysia” manakala ” Kid ” pula adalah singkatan kepada ” Kad Identiti Diri “. Nombor pengenalan diri yang terdapat pada MyKid ini akan digunakan di dalam semua urusan dari lahir hingga ke akhir hayat.

Mykid mengandungi 3 aplikasi utama yang terkandung di dalam cip iaitu:

Aplikasi JPN (data kelahiran)
Maklumat kesihatan
Maklumat pendidikan

1.Mengurangkan penggunaan borang semasa berurusan dengan agensi kerajaan atau swasta

2. Digunakan semasa berurusan dengan jabatan atau agensi-agensi seperti hospital atau klinik bagi tujuan pemeriksaan kesihatan, persekolahan dan sebagainya.

3. Mudah dibawa kerana bersaiz kecil

4. Mempunyai ciri keselamatan untuk mengelak dari disalahgunakan.

5. Berteknologi cip di mana maklumat boleh dibaca pada kad atau di dalam cip. Maklumat dalam cip tersebut juga mudah untuk dikemaskini.

6. Bentuk cantik dan menarik

 MyKid boleh dipohon oleh semua kanak-kanak warganegara Malaysia yang berumur di bawah 12 tahun.

i. Bagi pendaftaran kelahiran baru, MyKid akan diproses semasa permohonan pendaftaran kelahiran.

ii. Untuk permohonan gantian hilang / rosak, pemohon perlu mengisi Borang JPN.MYKID01

 

1. Sijil Kelahiran Malaysia/ Borang W (asal)

2. Dokumen Pengenalan diri pemohon (Ibu atau bapa)

Tiada bayaran dikenakan.