Aplikasi Tambahan

FAMA

Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) telah memperkenalkan e-Pasartani@FAMA yang boleh digunakan untuk merekodkan data dan maklumat peserta pasar tani di seluruh negara.

Aplikasi e-Pasartani@FAMA merupakan satu sistem bersepadu menggunakan MyKad sebagai platfom menyimpan data ke dalam cip yang dibangunkan oleh FAMA bagi merekod data dan maklumat peserta pasar tani dengan menyimpan maklumat individu, lesen perniagaan dan seterusnya membantu meningkatkan keberkesanan pihak berkuasa memantau sektor pertanian ini.

Famaxchange merupakan portal informasi pemasaran pertanian yang dibangunkan oleh FAMA bagi meningkatkan kecekapan dan keberkesanan dalam membekal dan me-nyampaikan maklumat yang diperlukan oleh kumpulan sasar.

* Untuk maklumat lanjut sila layari www.famaxchange.org atau hubungi FAMA ditalian 03-61262020

DOF!

Aplikasi Pendaftaran Nelayan dibangunkan oleh Jabatan Perikanan Malaysia bagi mendaftar maklumat para nelayan dalam MyKad. Aplikasi ini mengintegrasi Sistem Rangkaian Informasi Perikanan (SIRIP) dan Card Lifecycle Management System (CLMS), Jabatan Pendaftaran Negara.

Objektif aplikasi ini ialah menggantikan dokumen dari penggunaan kertas sebagai asas kepada laminated ‘Kad Nelayan’ dengan menjamin keselamatan setiap maklumat individu, capaian rekod mudah-alih oleh pihak berkuasa, dan memudahkan proses mengenalpasti para nelayan yang telah mendaftar.

Maklumat-maklumat ini digunakan sebagai rujukan oleh pihak berkuasa tentang faedah yang boleh didapati seperti kebajikan dan bantuan sosial kepada nelayan tempatan berkelayakan.

* Untuk maklumat lanjut sila layari www.dof.gov.my atau hubungi Jabatan Perikanan Malaysia ditalian 03-88704000.

Font Resize
X