Command Set MyKad

Commands set MyKad adalah aturcara arahan peringkat rendah kad MyKad bagi membaca atau menulis maklumat kedalam MyKad. Contoh maklumat yang boleh dicapai adalah nama, alamat, nombor Kad pengenalan, Gambar, minutia cap jari, lesen memandu dan passport.

Pemohon mestilah sama ada syarikat, sole-proprietorship, rakankongsi, Badan Kerajaan atau swasta yang di perbadankan di Malaysia.

  • Terma dan syarat (RK-JPN-SC-PP-03-01) dan borang permohonan (RK-JPN-SC-PP-03-02) boleh diperoleh dari Ibu pejabat Jabatan Pendaftaran Negara.
  • Pemohon perlu membaca, memahami dan bersetuju dengan terma dan syarat sebelum mengemukakan permohonan.
  • Semua dokumentasi sokongan seperti di dalam borang RK-JPN-SC-PP-03-02 hendaklah dihantar bersama borang permohonan. Sebarang borang yang tidak lengkap akan ditolak.

Maklumat lanjut mengenai permohonan Command Set MyKad boleh diperolehi dari:

Ibu Pejabat Jabatan Pendaftaran Negara,
Putrajaya, Kementerian Dalam Negeri,
Bahagian Kad Pintar Pelbagaiguna Kerajaan,
No 20, Persiaran Perdana, Presint 2,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62551 Wilayah Persekutuan Putrajaya.

Untuk Perhatian : Pn Sharina Binti Mohd Said
Emel (@jpn.gov.my): sharinasaid

Tel: 03-8880 7605

Faks : 03-88807241

.
X