Pengenalan Kepada MyKad

Projek Kad Pintar Pelbagaiguna Kerajaan dibangunkan berasas sistem dan proses baru yang memenuhi ciri keselamatan terkini disamping menggabungkan pelbagai aplikasi dari perlbagai agensi kerajaan dan sektor swasta dalam satu kad.

Oleh kerana tiada satu pun sistem lain sepertinya yang ada ketika itu, Kerajaan Malaysia telah merekacipta dan membangunkan kesemua sistem, prosedur, dan metodologi asas untuk mencapai matlamat dalam melaksanakan Kad Pintar Pelbagaiguna Kerajaan berasaskan teknologi kad pintar.

Projek ini juga merupakan satu perkongsian pintar di antara pihak kerajaan dan pihak swasta untuk bekerjasama dalam memacu, mengurus, dan melaksanakan penyelesaian Projek Kad Pintar Pelbagaiguna Kerajaan ini.

Projek Kad Pintar Pelbagaiguna Kerajaan (KPPK) atau MyKad adalah sebahagian daripada inisiatif Koridor Raya Multimedia (MSC Malaysia). Projek ini merupakan satu daripada tujuh aplikasi perdana yang dikenalpasti untuk dibangunkan oleh Kerajaan Malaysia untuk melahirkan teknologi inovatif bertaraf antarabangsa di negara ini.

my bermaksud alamat internet Malaysia

Tiga garisan berbentuk tanda betul melambangkan pengiktirafan kerajaan dan rakyat kepada MyKad

Penggunaan warna Jalur Gemilang menggambarkan MyKad sebagai satu pencapaian dan kebanggaan negara.

Rekabentuk logo MyKad yang moden dan ringkas menggambarkan MyKad yang berteknologi tinggi dan menjadi kebanggaan negara

.
X