Isteri Warganegara

PERMOHONAN TARAF KEWARGANEGARAAN DI BAWAH PERKARA 15(1) PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN – ISTERI KEPADA WARGANEGARA

PENERANGAN PERMOHONAN

Permohonan oleh mana-mana perempuan yang bersuami dan suaminya seorang warganegara dan perkahwinannya masih berterusan.

  • Bahawa ia telah bermastautin di Persekutuan sepanjang tempoh dua tahun sebelum tarikh permohonan itu dan berniat hendak berbuat demikian secara tetap; dan
  • Bahawa ia berkelakuan baik.

SYARAT PERMOHONAN

  • Pemohon dan suami hendaklah hadir di hadapan Pendaftar Warganegara/Penolong Pendaftar Warganegara semasa mengemukakan permohonan.
  • Mengisi Borang A dengan lengkap dan sertakan salinan dokumen sokongan.

PROSEDUR PERMOHONAN
Pemohon dan suami dikehendaki hadir ke kaunter Bahagian Kewarganegaraan JPN yang berhampiran dengan membawa dokumen-dokumen asal beserta salinan seperti berikut:
DOKUMEN SOKONGAN

  • Kad Pengenalan pemohon dan suami.
  • Dokumen Perkahwinan yang didaftar mengikut Undang-Undang Malaysia
  • Sijil Kewarganegaraan/Sijil Kelahiran suami.
  • Permit Masuk/Sijil Kelahiran pemohon.
  • Dokumen perjalanan pemohon dan suami.
  • Kad pengenalan ibu/bapa dan adik beradik
  • Sijil Kelahiran anak-anak.
  • 3 keping gambar warna pemohon berukuran pasport
  • 1 keping gambar warna suami berukuran pasport

BAYARAN
RM10.00 bayaran permohonan.
Nota: Semua salinan fotostat dokumen-dokumen sokongan hendaklah dibuat di atas kertas bersaiz A4
Makluman: Semua urusan permohonan taraf kewarganegaraan hendaklah menggunakan borang asal yang bercetak. Borang-borang boleh didapatkan daripada Ibu Pejabat JPN Putrajaya/Ibu Pejabat JPN Negeri/Cawangan.