JPN Hospital Cawangan Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah Ditamatkan Pengoperasian

JPN Hospital Cawangan Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah Ditamatkan Pengoperasian

Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) ingin memaklumkan kepada orang ramai bahawa Pejabat JPN di Cawangan Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah telah ditamatkan pengoperasian mulai 15 Mei 2016 (Ahad).

Sebarang urusan berkaitan pendaftaran kelahiran dan kematian yang berlaku di Alor Setar, Kedah boleh dilakukan di Ibu Pejabat JPN Kedah atau JPN Cawangan UTC Kedah.

Untuk sebarang pertanyaan, orang ramai boleh menghubungi Pejabat Perkhidmatan Pelanggan, Ibu Pejabat JPN Negeri Kedah di talian 04-7314585/ 04-7355744/ 04-7358776/ 04-7302821 atau e-mel di pppkedah@jpn.gov.my .

Sekian, harap maklum.

Tamat/.

.
X