Keadaan Khas

PERMOHONAN TARAF KEWARGANEGARAAN DI BAWAH PERKARA 15A PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN – PENDAFTARAN KEWARGANEGARAAN DALAM KEADAAN KHAS

PENERANGAN PERMOHONAN
Untuk mendaftar sebagai warganegara Malaysia oleh mereka yang berumur di bawah dua puluh satu tahun dalam keadaan khas.
SYARAT PERMOHONAN

  • Pemohon dan sabjek (orang yang hendak didaftarkan) hendaklah hadir di hadapan Pendaftar Warganegara /Penolong Pendaftar Warganegara semasa mengemukakan permohonan.
  • Sabjek hendaklah berumur kurang daripada 21 tahun pada tarikh permohonan dikemukakan.
  • Nyatakan sebab memohon warganegara dalam keadaan khas di ruangan F dalam borang permohonan atau sertakan salinan jika ruangan tidak mencukupi.
  • Mengisi Borang B dengan lengkap dan sertakan salinan dokumen sokongan.
  • Permohonan hendaklah dikemukakan oleh ibu/bapa atau penjaga yang mempunyai talian persaudaraan.

 
PROSEDUR PERMOHONAN
Pemohon dan sabjek dikehendaki hadir ke Kaunter Bahagian Kewarganegaraan Ibu Pejabat JPN Putrajaya atau Ibu Pejabat JPN Negeri / JPN Cawangan dan membawa bersama dokumen-dokumen asal berserta salinan fotostat seperti berikut.

DOKUMEN SOKONGAN

  • Kad pengenalan pemohon
  • Kad pengenalan sabjek (jika ada)
  • Sijil Kelahiran/Sijil Anak Angkat sabjek (salinan terjemahan dalam Bahasa Malaysia/Inggeris jika perlu).
  • Permit Masuk/dokumen perjalanan sabjek.
  • Dokumen bukti persekolahan sabjek (jika bersekolah)
  • Kad pengenalan ibu bapa/penjaga.
  • Sijil Kewarganegaraan ibu bapa/penjaga.
  • Dokumen perkahwinan ibu bapa/penjaga
  • Perintah mahkamah mengenai penjagaan (jika ada)
  • 3 keping gambar warna sabjek berukuran pasport

BAYARAN
RM10.00 bayaran permohonan.

Nota: Semua salinan fotostat dokumen-dokumen sokongan hendaklah dibuat di atas kertas bersaiz A4

Makluman:
Semua permohonan urusan kewarganegaraan hendaklah menggunakan borang asal yang bercetak.  Borang-borang boleh didapatkan daripada Ibu Pejabat JPN Putrajaya atau mana-mana Ibu Pejabat setiap Negeri.  Kecuali permohonan pendaftaran kelahiran luar negara dan pendaftaran Pelepashakan kewarganegaraan borang boleh juga didapatkan dari Pejabat Konsul di luar negara.