Membetulkan Kesilapan Maklumat

 
 
 
MEMBETULKAN KESILAPAN MAKLUMAT
 
i. PERMOHONAN MEMBETULKAN KESILAPAN PERKERANIAN
 
Permohonan untuk membetulkan kesilapan kecil dilakukan oleh Pendaftar yang cuma melibatkan ejaan yang jika dibetulkan tidak mengubah fakta di dalam Sijil Kelahiran. 
 
[Seksyen 27(2), Akta 299]
 
PROSEDUR PERMOHONAN
 
Pemohon perlu mengisi borang JPN.LM21 dengan lengkap beserta dokumen sokongan. Pendaftaran kelahiran boleh dibuat di mana-mana Pejabat JPN di seluruh Semenanjung Malaysia.
 
DOKUMEN SOKONGAN
 
1.      Dokumen pengenalan diri ibubapa (jika bukan warganegara)
2.      Dokumen pengenalan diri penjaga (jika bukan warganegara) yang dibuktikan dengan Surat Kebenaran Penjagaan dari
         JKM
3.      Surat Keizinan oleh ibu bapa kandung yang memberikan kebenaran kepada penjaga untuk membuat permohonan
         pindaan
4.      Dokumen pengenalan diri pemohon (jika bukan warganegara) yang melebihi 21 tahun
5.      Dokumen lain yang membuktikan kesilapan
  
BAYARAN
 
Bayaran permohonan :
·         RM 2.00 semasa permohonan dikemukakan.
·         RM 5.00 untuk cetakan cabutan Sijil Kelahiran.
 
ii. PERMOHONAN MEMBETULKAN KESILAPAN FAKTA
 
Permohonan untuk membetulkan kesilapan fakta di mana maklumat selain dari nama kanak-kanak yang diberi pemaklum semasa pendaftaran kelahiran tidak betul atau tidak diperolehi. Pemohon perlu mengemukakan dokumen sokongan untuk membuktikan kesilapan fakta tersebut.
 
[Seksyen 27(3),Akta 299]
 
PROSEDUR PERMOHONAN
 
Pemohon perlu mengisi borang JPN.LM21 dan borang JPN.LM22 dengan lengkap beserta dokumen sokongan.
 
DOKUMEN SOKONGAN
 
1.      Dokumen pengenalan diri ibubapa (jika bukan warganegara)
2.      Dokumen pengenalan diri penjaga (jika bukan warganegara) yang dibuktikan dengan Surat Kebenaran Penjagaan dari
         JKM
3.      Surat Keizinan oleh ibu bapa kandung yang memberikan kebenaran kepada penjaga untuk membuat permohonan
         pindaan
4.      Dokumen pengenalan diri pemohon (jika bukan warganegara) yang melebihi 21 tahun
5.      Dokumen lain yang membuktikan kesilapan
 
BAYARAN
 
Bayaran permohonan :
·         RM 2.00 semasa permohonan dikemukakan.
·         RM 5.00 selepas permohonan diproses dan diluluskan.
·         RM 5.00 untuk cetakan cabutan Sijil Kelahiran.