Membetulkan Kesilapan Dalam Sijil Kelahiran
MEMBETULKAN KESILAPAN DALAM SIJIL KELAHIRAN
i. PERMOHONAN MEMBETULKAN KESILAPAN PERKERANIAN
Permohonan untuk membetulkan kesilapan kecil dilakukan oleh Pendaftar yang cuma melibatkan ejaan yang jika dibetulkan tidak mengubah fakta di dalam Sijil Kelahiran.
Seksyen 25(2), Ordinan Pendaftaran Kelahiran & Kematian 1951 (Sarawak Cap.10)
PROSEDUR PERMOHONAN
Pemohon perlu mengisi borang Borang X dang JPN.LM21 dengan lengkap berserta dokumen sokongan. Pemaklum mestilah Ibu/bapa kanak-kanak tersebut. Permohonan boleh dibuat di Semenanjung Malaysia dan akan dipanjangkan ke Sarawak untuk kelulusan Pendaftar Wilayah.
DOKUMEN SOKONGAN
1. Dokumen pengenalan diri ibubapa (jika bukan warganegara)
2. Dokumen pengenalan diri penjaga (jika bukan warganegara) yang dibuktikan dengan Surat Kebenaran Penjagaan dari JKM
3. Surat Keizinan oleh ibu bapa kandung yang memberikan kebenaran kepada penjaga untuk membuat permohonan pindaan
4. Dokumen pengenalan diri pemohon (jika bukan warganegara) yang melebihi 21 tahun
5. Dokumen lain yang membuktikan kesilapan
BAYARAN
· RM 2.00 - Bayaran proses
· RM 5.00 - kelulusan
· RM 5.00 - cabutan baru sijil kelahiran
ii. PERMOHONAN MEMBETULKAN KESILAPAN FAKTA
Permohonan untuk membetulkan kesilapan fakta di mana maklumat selain dari nama kanak-kanak yang diberi pemaklum semasa pendaftaran kelahiran tidak betul atau tidak diperolehi. Pemohon perlu mengemukakan dokumen sokongan untuk membuktikan kesilapan fakta tersebut.
Seksyen 25(3), Ordinan Pendaftaran Kelahiran & Kematian 1951 (Sarawak Cap.10)
PROSEDUR PERMOHONAN
Pemohon perlu mengisi borang Borang X, Surat Akuan Sumpah SA/81 (jika perlu) dan JPN.LM21 dengan lengkap berserta dokumen sokongan ke Sarawak untuk kelulusan Pendaftar Wilayah.