Cabutan Sijil Lahir

 
 
CABUTAN SIJIL KELAHIRAN
 
Permohonan untuk mendapatkan salinan daftar kelahiran oleh pemohon yang berkelayakan dengan bayaran fee yang ditetapkan. Pendaftaran boleh dibuat di mana-mana Pejabat JPN. Permohonan boleh dibuat di Semenanjung Malaysia dan akan dipanjangkan ke Sarawak untuk kelulusan Pendaftar Wilayah.
 
Seksyen 26, Ordinan Pendaftaran Kelahiran & Kematian 1951 (Sarawak Cap.10)
 
PROSEDUR PERMOHONAN
 
Pemohon perlu mengisi Borang XI dengan lengkap berserta dokumen sokongan. Pemaklum mestilah Ibu/bapa kanak-kanak tersebut. Permohonan yang dibuat mestilah permohonan bagi pemilik daftar yang belum dikeluarkan dengan sijil kelahiran/permohonan gantian bagi sijil kelahiran yang rosak/hilang. Permohonan boleh dibuat di Semenanjung Malaysia dan akan dipanjangkan ke Sarawak untuk kelulusan Pendaftar Wilayah.
 
DOKUMEN SOKONGAN
 
1.      Dokumen pengenalan diri ibubapa (jika bukan warganegara)
2.      Dokumen pengenalan diri penjaga (jika bukan warganegara) yang dibuktikan dengan Surat Kebenaran Penjagaan dari JKM
3.      Surat Keizinan oleh ibu bapa kandung yang memberikan kebenaran kepada penjaga untuk membuat permohonan pindaan
4.      Dokumen pengenalan diri pemohon (jika bukan warganegara) yang melebihi 21 tahun
5.      Dokumen lain yang membuktikan kesilapan

BAYARAN
 
·         Percuma - Cabutan pertama
·         Tunai RM 5.00 - Cabutan kedua dan seterusnya