Daftar Semula Orang yang Disahtaraf
DAFTAR SEMULA ORANG YANG DISAHTARAF
Pemohonan pendaftaran semula kelahiran orang yang disahtaraf adalah pendaftaran semula kelahiran anak yang tak sah taraf bukan Islam yang telah didaftarkan kemudian ia telah disahtarafkan.
[Seksyen 17, Akta 299]
PROSEDUR PERMOHONAN
Pemohon perlu mengisi borang JPN.LM01 dengan lengkap beserta dengan dokumen sokongan. Pendaftaran kelahiran boleh dibuat di mana-mana Pejabat JPN di seluruh Semenanjung Malaysia.
DOKUMEN SOKONGAN
1. Sijil Kelahiran Asal
2. Kad Pengenalan kanak-kanak (jika ada)
3. Sijil Perkahwinan ibubapa
4. Perintah Mahkamah bahawa kanak-kanak telah disahtarafkan
5. Kad pengenalan ibu dan bapa
BAYARAN
Bayaran permohonan:
· Percuma jika pendaftaran dibuat dalam tempoh 3 bulan dari tarikh perkahwinan ibu bapa
· Bayaran RM 30.00 dikenakan selepas 3 bulan dari tarikh perkahwinan ibu bapa
