Kelahiran Lambat
PENDAFTARAN LAMBAT
Pemohonan pendaftaran kelahiran lambat bermaksud pendaftaran yang didaftarkan dalam tempoh 15 hari hingga 42 hari dari tarikh kelahiran kanak-kanak tersebut dan kelahiran berlaku di Malaysia.
[Seksyen 11(1), Akta 299]
PROSEDUR PERMOHONAN
Pemohonan pendaftaran kelahiran boleh dibuat di mana-mana Pejabat JPN di seluruh Semenanjung Malaysia dengan mengemukakan Borang JPN.LM01 yang lengkap dan disertakan dengan dokumen sokongan.
DOKUMEN SOKONGAN
1. Dokumen Pengenalan diri atau dokumen perjalanan yang sah (jika ibu/bapa/pemaklum bukan warganegara)
2. Dokumen Pemeriksaan ibu mengandung
3. Pengesahan Kelahiran atau kelahiran mati
4. Dokumen Perkahwinan ibubapa (bagi anak pertama sahaja) – jika berkahwin
BAYARAN
Bayaran permohonan : RM 5.00
