Memasukkan Nama Kanak-Kanak
PERMOHONAN MEMASUKKAN NAMA (KANAK-KANAK KURANG 1 TAHUN)
Permohonan untuk memasukkan nama kanak-kanak yang telah didaftarkan ”TIADA BERNAMA” semasa pendaftaran kelahiran bagi kanak-kanak yang berumur belum sampai setahun.
Seksyen 12, Ordinan Pendaftaran Kelahiran & Kematian 1951 (Sarawak Cap.10).
PROSEDUR PERMOHONAN
Pemohon perlu mengisi Form VI dan Borang X dengan lengkap berserta dokumen sokongan. Permohonan boleh dibuat di Semenanjung Malaysia dan akan dipanjangkan ke Sarawak untuk kelulusan Pendaftar Wilayah.
DOKUMEN SOKONGAN
1. Dokumen pengenalan diri ibubapa (jika bukan warganegara)
2. Dokumen pengenalan diri penjaga (jika bukan warganegara) yang dibuktikan dengan Surat Kebenaran Penjagaan dari JKM
3. Surat Keizinan oleh ibu bapa kandung yang memberikan kebenaran kepada penjaga untuk membuat permohonan pindaan
4. Dokumen pengenalan diri pemohon (jika bukan warganegara) yang melebihi 21 tahun
5. Dokumen lain yang membuktikan kesilapan
BAYARAN
· RM 2.00 - Bayaran proses
· RM 5.00 - kemasukan nama dalam daftar selepas 1 tahun
· RM 5.00 - cabutan sijil
