Kelahiran Di Sabah

 
 
PENDAFTARAN BIASA
 
Pemohon perlu mendaftarkan kelahiran dalam tempoh 14 hari dari tarikh kelahiran dan pemaklum mestilah Ibu/bapa/saudara/orang yang mengetahui kelahiran tersebut. Permohonan boleh dibuat di Semenanjung Malaysia dan akan dipanjangkan ke Sabah untuk kelulusan Pendaftar Wilayah.
 
 [Seksyen 9, Ordinan Sabah,Cap.123]
 
PROSEDUR PERMOHONAN
 
Pemohon perlu mengisi Borang A dan Borang N1 (Cabutan) dengan lengkap beserta dokumen sokongan.
 
DOKUMEN SOKONGAN
 
1.      Dokumen Pengenalan diri atau dokumen perjalanan yang sah (jika ibu/bapa/pemaklum bukan warganegara)
2.      Dokumen Pemeriksaan ibu mengandung
3.      Pengesahan Kelahiran
4.      Dokumen Perkahwinan ibubapa (bagi anak pertama sahaja) – jika berkahwin
 
BAYARAN
 
Tiada bayaran dikenakan
 
 
PENDAFTARAN LAMBAT
 
Pemohonan pendaftaran kelahiran lambat bermaksud pendaftaran yang didaftarkan dalam tempoh 15 hari hingga 42 hari dari tarikh kelahiran kanak-kanak tersebut dan pemaklum mestilah Ibu/bapa/saudara/orang yang mengetahui kelahiran tersebut. Permohonan boleh dibuat di Semenanjung Malaysia dan akan dipanjangkan ke Sabah untuk kelulusan Pendaftar Wilayah.
 
[Seksyen 16, Ordinan Sabah,Cap.123]
 
PROSEDUR PERMOHONAN
 
Pemohon perlu mengisi Borang A dan Borang N1 (Cabutan) dengan lengkap beserta dokumen sokongan.
 
DOKUMEN SOKONGAN
 
1.      Dokumen Pengenalan diri atau dokumen perjalanan yang sah (jika ibu/bapa/pemaklum bukan warganegara)
2.      Dokumen Pemeriksaan ibu mengandung
3.      Pengesahan Kelahiran
4.      Dokumen Perkahwinan ibubapa (bagi anak pertama sahaja) – jika berkahwin
 
BAYARAN
 
Bayaran permohonan : RM 5.00
 
 
PENDAFTARAN LEWAT
 
Pemohonan pendaftaran kelahiran lewat bermaksud setiap kelahiran yang berlaku di Malaysia yang didaftarkan selepas 42 hari dari tarikh kelahiran kanak-kanak tersebut. Permohonan boleh dibuat di Semenanjung Malaysia dan akan dipanjangkan ke Sabah untuk kelulusan Pendaftar Wilayah.
 
[Seksyen 22, Ordinan Sabah,Cap.123]
 
PROSEDUR PERMOHONAN
 
Pemohon perlu mengisi Borang A dan Borang N1 (Cabutan) dengan lengkap beserta dokumen sokongan.
 
DOKUMEN SOKONGAN
 
1.      Dokumen Pengenalan diri atau dokumen perjalanan yang sah (jika ibu/bapa/pemaklum bukan warganegara)
2.      Kad/Buku Pemeriksaan ibu mengandung (jika ada)
3.      Borang Pengesahan Kelahiran atau kelahiran mati (jika ada)
4.      Dokumen Perkahwinan (jika ada)
5.      Borang Maklumat Keluarga – BMK81
6.      Senarai Gambar-gambar Bapa, Ibu dan Adik-Beradik – BMK81A
 
BAYARAN
 
Bayaran proses : RM 10.00
 
 
PENDAFTARAN KELAHIRAN MATI

Pemohon perlu mendaftarkan kelahiran mati dalam tempoh 14 hari dari tarikh kelahiran dan pemaklum mestilah Ibu/bapa/saudara/orang yang mengetahui kelahiran tersebut. Permohonan boleh dibuat di Semenanjung Malaysia dan akan dipanjangkan ke Sabah untuk kelulusan Pendaftar Wilayah.
 
[Seksyen 13, Ordinan Sabah,Cap.123]
 
PROSEDUR PERMOHONAN
 
Pemohon perlu mengisi Borang A dan Borang N1 (Cabutan) dengan lengkap beserta dokumen sokongan.
 
DOKUMEN SOKONGAN
 
1.      Dokumen Pengenalan diri atau dokumen perjalanan yang sah (jika ibu/bapa/pemaklum bukan warganegara)
2.      Dokumen Pemeriksaan ibu mengandung
3.      Pengesahan kelahiran mati
4.      Dokumen Perkahwinan ibubapa (bagi anak pertama sahaja) – jika berkahwin
 
BAYARAN
 
Tiada bayaran dikenakan

 
 
CABUTAN SIJIL KELAHIRAN
 
Permohonan untuk mendapatkan salinan daftar kelahiran oleh pemohon yang berkelayakan dengan bayaran fee yang ditetapkan. Pemaklum mestilah Ibu/bapa kanak-kanak tersebut. Pendaftaran boleh dibuat di mana-mana Pejabat JPN. Permohonan boleh dibuat di Semenanjung Malaysia dan akan dipanjangkan ke Sabah untuk kelulusan Pendaftar Wilayah.
[Seksyen 31(2), Ordinan Sabah,Cap.123]
 
PROSEDUR PERMOHONAN
 
Pemohon perlu mengisi Borang N1 (Cabutan) dengan lengkap beserta dokumen sokongan.
 
DOKUMEN SOKONGAN
 
1.      Dokumen pengenalan diri atau dokumen perjalanan yang sah (jika bukan warganegara)
2.      Surat Rasmi Jabatan untuk memohon carian dalam daftar (bagi permohonan dari Jabatan Kerajaan)
3.      Sebarang dokumen atau maklumat yang boleh dijadikan asas membuat carian dalam daftar kelahiran seperti        
         Cabutan Daftar Persekolahan dan Sijil Kelahiran adik-beradik yang lain (bagi permohonan carian kelahiran) 
 
BAYARAN
 
Bayaran proses : RM 5.00
 
 
MEMBETULKAN KESILAPAN DALAM SIJIL KELAHIRAN
 
i. PERMOHONAN MEMBETULKAN KESILAPAN PERKERANIAN
 
Permohonan untuk membetulkan kesilapan kecil dilakukan oleh Pendaftar yang cuma melibatkan ejaan yang jika dibetulkan tidak mengubah fakta di dalam Sijil Kelahiran. 
 
[Seksyen 30, Ordinan Sabah,Cap.123]
 
PROSEDUR PERMOHONAN
 
Pemohon perlu mengisi borang Borang PSB 4 & borang PSB 4A dengan lengkap beserta dokumen sokongan. Permohonan boleh dibuat di Semenanjung Malaysia dan akan dipanjangkan ke Sabah untuk kelulusan Pendaftar Wilayah.
 
DOKUMEN SOKONGAN
 
1.      Dokumen pengenalan diri ibubapa (jika bukan warganegara)
2.      Dokumen pengenalan diri penjaga (jika bukan warganegara) yang dibuktikan dengan Surat Kebenaran Penjagaan 
         dari JKM  
3.      Surat Keizinan oleh ibu bapa kandung yang memberikan kebenaran kepada penjaga untuk membuat permohonan
         pindaan
4.      Dokumen pengenalan diri pemohon (jika bukan warganegara) yang melebihi 21 tahun
5.      Dokumen lain yang membuktikan kesilapan
 
BAYARAN
 
·         RM 2.00 - Bayaran permohonan
·         RM 10.00 - Kelulusan

ii. PERMOHONAN MEMBETULKAN KESILAPAN FAKTA
 
Permohonan untuk membetulkan kesilapan fakta di mana maklumat selain dari nama kanak-kanak yang diberi pemaklum semasa pendaftaran kelahiran tidak betul atau tidak diperolehi. Pemohon perlu mengemukakan dokumen sokongan untuk membuktikan kesilapan fakta tersebut.
 
PROSEDUR PERMOHONAN  
 
Pemohon perlu mengisi borang Borang PSB 4 & borang PSB 4A dengan lengkap beserta dokumen sokongan. Pemaklum mestilah ibu/bapa/2 orang pemohon yang mengenali kanak-kanak tersebut. Permohonan boleh dibuat di Semenanjung Malaysia dan akan dipanjangkan ke Sabah untuk kelulusan Pendaftar Wilayah.
 
DOKUMEN SOKONGAN
 
1.      Dokumen pengenalan diri ibubapa (jika bukan warganegara)
2.      Dokumen pengenalan diri penjaga (jika bukan warganegara) yang dibuktikan dengan Surat Kebenaran Penjagaan 
         JKM 
3.      Surat Keizinan oleh ibu bapa kandung yang memberikan kebenaran kepada penjaga untuk membuat permohonan
         pindaan
4.      Dokumen pengenalan diri pemohon (jika bukan warganegara) yang melebihi 21 tahun
5.      Dokumen lain yang membuktikan kesilapan
 
BAYARAN
 
·         RM 2.00 - Bayaran permohonan
·         RM 10.00 - Kelulusan

 

 
 
PERMOHONAN CARIAN DALAM DAFTAR
 
Permohonan carian adalah permohonan untuk mendapatkan keputusan carian mengenai daftar kelahiran dengan bayaran fee yang ditetapkan. Pemaklum mestilah Ibu/bapa/penjaga kanak-kanak tersebut. Permohonan boleh dibuat di Semenanjung Malaysia dan akan dipanjangkan ke Sabah untuk kelulusan Pendaftar Wilayah.
 
[Seksyen 13, Ordinan Sabah,Cap.123]
 
PROSEDUR PERMOHONAN
 
Pemohon perlu mengisi Borang N1 (Cabutan) dengan lengkap beserta dokumen sokongan.
 
DOKUMEN SOKONGAN
 
1.       Dokumen pengenalan diri atau dokumen perjalanan yang sah (jika bukan warganegara)
2.       Surat Rasmi Jabatan untuk memohon carian dalam daftar (bagi permohonan dari Jabatan Kerajaan)
3.      Sebarang dokumen atau maklumat yang boleh dijadikan asas membuat carian dalam daftar kelahiran seperti Cabutan Daftar Persekolahan dan Sijil Kelahiran adik-beradik yang lain (bagi permohonan carian kelahiran)
 
BAYARAN
 
Tiada bayaran dikenakan