Pendaftaran Kelahiran Semasa Menunaikan Haji

 
PENDAFTARAN KELAHIRAN SEMASA MENUNAIKAN HAJI
 
Setiap kelahiran yang berlaku semasa menunaikan Haji hendaklah dilaporkan kepada pendaftar di Hedjaz dalam masa 40 hari dari tarikh kelahiran atau melaporkan kepada kaunter Ibu Pejabat JPN dalam masa 6 bulan dari tarikh kelahiran. Walau bagaimanapun, kelulusan hanya dibuat oleh Pendaftar Besar Ibu Pejabat JPN.
 
[Seksyen 4(1)(a) dan (b), Akta 152]
 
PROSEDUR PERMOHONAN
 
Pemohonan pendaftaran kelahiran Hedjaz boleh dibuat di mana-mana Pejabat JPN di seluruh Semenanjung Malaysia dengan mengemukakan Borang JPN.LMH1 yang lengkap dan disertakan dengan dokumen sokongan.
 
DOKUMEN SOKONGAN
 
1.      Dokumen Bukti Kelahiran
2.      Dokumen Pengenalan diri Ibu Bapa
3.      Dokumen Pengenalan diri Pemaklum (jika pemaklum bukan ibu bapa)
 
BAYARAN

Tiada bayaran dikenakan.