Mengubah Nama Kanak-Kanak
MENGUBAH NAMA KANAK-KANAK
Permohonan mengubah nama kanak- kanak yang telah didaftarkan hanya boleh dibuat dalam tempoh 1 tahun dari tarikh kelahiran kanak-kanak itu berlaku. Walau bagaimanapun nama kanak-kanak yang telah didaftarkan TIDAK BOLEH DIUBAH jika umur kanak-kanak telah mencapai 1 tahun atau lebih daripada tarikh permohonan dikemukakan.
[Seksyen 15(1), Akta 299]
PROSEDUR PERMOHONAN
Permohon perlu mengisi borang JPN.LM21 dan borang JPN.LM07 dengan lengkap beserta dokumen sokongan. Pendaftaran kelahiran boleh dibuat di mana-mana Pejabat JPN di seluruh Semenanjung Malaysia.
DOKUMEN SOKONGAN
1. Dokumen pengenalan diri ibubapa (jika bukan warganegara)
2. Dokumen pengenalan diri penjaga (jika bukan warganegara) yang dibuktikan dengan Surat Kebenaran Penjagaan dari
JKM
3. Surat Keizinan oleh ibu bapa kandung yang memberikan kebenaran kepada penjaga untuk membuat permohonan
pindaan
4. Dokumen pengenalan diri pemohon (jika bukan warganegara) yang melebihi 21 tahun
5. Dokumen lain yang membuktikan kesilapan
BAYARAN
Bayaran permohonan :
· RM 2.00 semasa permohonan dikemukakan.
· RM 5.00 selepas permohonan diproses dan diluluskan.
· RM 5.00 untuk cetakan cabutan Sijil Kelahiran.
