Daftar Kelahiran Mati
PENDAFTARAN KELAHIRAN MATI
i. PENDAFTARAN BIASA KELAHIRAN MATI
Permohonan pendaftaran kelahiran biasa bermaksud setiap kelahiran yang berlaku di Malaysia dan didaftarkan dalam tempoh 14 hari dari tarikh kelahiran kanak-kanak tersebut dan pemaklum mestilah Ibu/bapa/saudara/orang yang mengetahui kelahiran tersebut. Permohonan boleh dibuat di Semenanjung Malaysia dan akan dipanjangkan ke Sarawak untuk kelulusan Pendaftar Wilayah.
Seksyen 14(a) dan (b), Ordinan Pendaftaran Kelahiran & Kematian 1951 (Sarawak Cap.10).
PROSEDUR PERMOHONAN
Pemohon perlu mengisi Borang I dan Borang X (Cabutan) dengan lengkap beserta dokumen sokongan.
DOKUMEN SOKONGAN
1. Dokumen Pengenalan diri atau dokumen perjalanan yang sah (jika ibu/bapa/pemaklum bukan warganegara)
2. Dokumen Pemeriksaan ibu mengandung
3. Pengesahan Kelahiran atau kelahiran mati
4. Dokumen Perkahwinan ibubapa (bagi anak pertama sahaja) – jika berkahwin
BAYARAN
Tiada bayaran dikenakan.
ii. PENDAFTARAN LAMBAT KELAHIRAN MATI
Permohonan pendaftaran kelahiran biasa bermaksud setiap kelahiran yang berlaku di Malaysia dan didaftarkan dalam tempoh 14 hari dari tarikh kelahiran kanak-kanak tersebut dan pemaklum mestilah Ibu/bapa/saudara/orang yang mengetahui kelahiran tersebut.
Seksyen 18, Ordinan Pendaftaran Kelahiran & Kematian 1951 (Sarawak Cap.10)
PROSEDUR PERMOHONAN
Pemohon perlu mengisi Borang I dan Borang X (Cabutan) dengan lengkap beserta dokumen sokongan.
DOKUMEN SOKONGAN
1. Dokumen Pengenalan diri atau dokumen perjalanan yang sah (jika ibu/bapa/pemaklum bukan warganegara)
2. Dokumen Pemeriksaan ibu mengandung
3. Pengesahan Kelahiran atau kelahiran mati
4. Dokumen Perkahwinan ibubapa (bagi anak pertama sahaja) – jika berkahwin
BAYARAN
Bayaran permohonan : RM 5.00
