Permohonan Kad Pengenalan (MyPR) Kanak-Kanak 12 Tahun Atau Kali Pertama Bukan Warganegara

Print Friendly and PDF

Mengikut Peraturan 3, Peraturan-peraturan Pendaftaran Negara 1990 (Pindaan 2007)  setiap orang yang bertaraf Pemastautin Tetap adalah wajib mendaftar untuk mendapatkan Kad Pengenalannya dalam tempoh 30 hari dari tarikh berumur genap 12 tahun atau dari tarikh rujukan di Permit Masuk yang dikeluarkan oleh Jabatan Imigresen Malaysia.

1. Pemohon mestilah telah berumur genap 12 tahun atau lebih. Bagi pemohon berumur genap 12 tahun tetapi belum mencapai umur 16 tahun perlu hadir bersama penganjur. (Penganjur: Ibu atau Bapa atau *Penjaga. *Penjaga adalah datuk atau nenek atau ibu saudara atau bapa saudara atau kakak atau abang yang berusia melebihi 21 tahun)

2. Pemohon mestilah hadir di Ibu pejabat JPNM Putrajaya dan Ibu Pejabat JPN Negeri sahaja.

3. Borang Permohonan JPN.KP01 (dapatkan di kaunter JPN) telah diisi dengan lengkap.

4. Pemohon mestilah membuat permohonan dalam tempoh 30 hari dari tarikh berumur genap 12 tahun atau dari tarikh rujukan di Permit Masuk (cop bujur). Jika tidak, bayaran proses akan dikenakan.

Pemohon dikehendaki datang ke Kaunter ke Ibu Pejabat JPNM dan Ibu Pejabat Negeri dengan membawa dokumen yang perlu dikemukakan (asal dan salinan).

1. Permohonan Kad Pengenalan(Mypr) Kanak-Kanak 12 Tahun Bertaraf Pemastautin Tetap

1.1. Dokumen Pemohon (Asal Dan Salinan)

1.1.1. Sijil Kelahiran atau Sijil Anak Angkat (bagi permohonan kanak-kanak berumur 12 tahun bertaraf Pemastautin Tetap yang lahir di Malaysia).

1.1.2. Permit Masuk.

1.1.3. Pasport Antarabangsa.

1.2. Dokumen Penganjur (Asal Dan Salinan)

1.2.1. Kad Pengenalan Penganjur (Ibu Atau Bapa Atau Penjaga).

1.2.2. Penjaga yang tiada mempunyai hubungan kekeluargaan, Surat Pengesahan Penjagaan pemohon dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) hendaklah dibawa bersama.

1.2.3. Pasport negara asal bagi penganjur yang Bukan Warganegara.

2. Permohonan Kad Pengenalan(Mypr) Kali Pertama Bertaraf Pemastautin Tetap

2.1. Dokumen Pemohon (Asal Dan Salinan)

2.1.1. Permit Masuk.

2.1.2. Pasport Antarabangsa yang masih sah laku.

Jadual Pembayaran 6A
Bayaran Permohonan Kad Pengenalan(MyPR) Kanak-kanak 12 Tahun bagi Pemastautin Tetap
(BUKAN WARGANEGARA)

Perkara Bayaran Permohonan (RM) Bayaran Proses (RM) Jumlah Bayaran (RM)
12 tahun hingga 12 tahun 30 hari 40.00 PERCUMA 40.00
12 tahun melebihi 30 hari hingga 16 tahun 40.00 10.00 50.00

Jadual Pembayaran 7A
Bayaran Kerana Lewat Memohon MyPR Bagi Pemastautin Tetap

Perkara Bayaran Permohonan (RM) Bayaran Proses (RM) Jumlah Bayaran (RM)
TARIKH PERMOHONAN – TARIKH RUJ. DIPERMIT MASUK < 30 HARI 40.00 TIADA 40.00
30 HARI < TARIKH PERMOHONAN – TARIKH RUJ. DIPERMIT MASUK ≤ 60 HARI 40.00 10.00 50.00
60 HARI < TARIKH PERMOHONAN – TARIKH RUJ. DIPERMIT MASUK ≤ 90 HARI 40.00 10.00 50.00
90 HARI < TARIKH PERMOHONAN – TARIKH RUJ. DIPERMIT MASUK ≤ 180 HARI 40.00 10.00 50.00
180 HARI < TARIKH PERMOHONAN – TARIKH RUJ. DIPERMIT MASUK 40.00 10.00 50.00

Makluman: Borang dalam portal ini hanya untuk panduan. Tidak digalakkan untuk mencetak dan menggunakan borang tersebut untuk berurusan . Bagi urusan , sila gunakan borang asal.

Borang Permohonan JPN.KP01 (dapatkan di kaunter JPN) telah diisi dengan lengkap.

.
X