Permohonan Kad Pengenalan Pesara Polis Atau Tentera

Print Friendly and PDF

Mengikut Peraturan 3(2), Peraturan-peraturan Pendaftaran Negara 1990 (Pindaan 2007)  setiap anggota polis atau tentera yang telah tamat perkhidmatan adalah wajib mendaftar untuk mendapatkan Kad Pengenalannya dalam tempoh 30 hari dari tarikh surat tamat perkhidmatan polis atau tentera..

1    Pemohon mestilah hadir dimana-mana kuanter JPN.

2    Borang Permohonan JPN.KP01 (dapatkan di kaunter JPN) telah diisi dengan lengkap.

Pemohon dikehendaki datang ke Kaunter JPN dan membawa dokumen yang perlu dikemukakan (asal dan salinan).

1    Dokumen Pemohon (Asal Dan Salinan)

1.1    Sijil Kelahiran atau Cabutan Sijil Kelahiran.

1.2    Surat tamat perkhidmatan polis atau tentera.

Bayaran PERCUMA.

Makluman: Borang dalam portal ini hanya untuk panduan. Tidak digalakkan untuk mencetak dan menggunakan borang tersebut untuk berurusan . Bagi urusan , sila gunakan borang asal.

Borang Permohonan JPN.KP01 (dapatkan di kaunter JPN) telah diisi dengan lengkap.

.
X