Permohonan MyKad Bagi Kanak-Kanak 12 Tahun

Print Friendly and PDF

Mengikut Peraturan 3, Peraturan-peraturan Pendaftaran Negara 1990 (Pindaan 2007)  setiap kanak-kanak yang telah mencapai umur 12 tahun dan bertaraf Warganegara wajib mendaftar untuk mendapatkan Kad Pengenalannya.

1. Pemohon mestilah telah berumur genap 12 tahun tetapi belum mencapai umur 16 tahun.

2. Pemohon mestilah hadir bersama Penganjur

2.1. Ibu atau Bapa; atau

2.2. Penjaga (Penjaga adalah datuk atau nenek atau ibu saudara atau bapa saudara atau kakak atau abang yang berusia melebihi 21 tahun).

3. Borang Permohonan JPN.KP01 (dapatkan di kaunter JPN) telah diisi dengan lengkap.

4. Pemohon mestilah membuat permohonan dalam tempoh 30 hari dari tarikh genap berumur 12 tahun. Jika tidak, bayaran proses akan dikenakan.

Pemohon dikehendaki datang ke Kaunter JPN bersama Penganjur dan membawa dokumen asal yang perlu dikemukakan.

1. DOKUMEN PEMOHON (ASAL)

1.1. Sijil Kelahiran atau Sijil Anak Angkat atau Sijil Warganegara atau Pengesahan Taraf Warganegara atau Borang Warganegara atau Lampiran A (JAKOA).
1.2. Pasport bagi pemohon yang menetap di luar negara.

2. DOKUMEN PENGANJUR (ASAL)

2.1. Kad Pengenalan Penganjur (Ibu Atau Bapa Atau Penjaga)
2.2. Penjaga yang tiada mempunyai hubungan kekeluargaan, Surat Pengesahan Penjagaan pemohon dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) hendaklah dibawa bersama.
2.3. Pasport negara asal penganjur bagi yang Bukan Warganegara.

Bayaran Kerana Lewat Memohon Kad Pengenalan(MyKad) Bagi Kanak-Kanak 12 Tahun
(WARGANEGARA)
Permohonan Kad Pengenalan(MyKad) bagi kanak-kanak mencapai usia 12 tahun yang tidak memohon dalam tempoh 30 hari dari tarikh usia genap 12 tahun akan dikenakan bayaran proses.


Jadual Pembayaran 1A

Umur Bayaran Permohonan (RM) Bayaran Proses (RM) Jumlah Bayaran (RM)
12 tahun hingga 12 tahun 30 hari
12 tahun 30 hari hingga 13 tahun 10.00 10.00
13 tahun 1 hari hingga 14 tahun 10.00 10.00
14 tahun 1 hari hingga 15 tahun 10.00 10.00
15 tahun 1 hari hingga 16 tahun 10.00 10.00

Makluman: Borang dalam portal ini hanya untuk panduan. Tidak digalakkan untuk mencetak dan menggunakan borang tersebut untuk berurusan. Bagi urusan, sila gunakan borang asal.

Borang Permohonan JPN.KP01

.
X