21 Tahun atau Lebih

PERMOHONAN TARAF KEWARGANEGARAAN DI BAWAH  PERKARA 19 PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN – BERUMUR 21 TAHUN ATAU LEBIH

Untuk mendapatkan satu perakuan sijil sebagai warganegara Malaysia dengan cara masukan.

SYARAT PERMOHONAN

  • Pemohon hendaklah hadir di hadapan Pendaftar Warganegara semasa mengemukakan permohonan.
  • Pemohon hendaklah berumur 21 tahun ke atas pada tarikh permohonan dikemukakan.
  • Pemohon telah bermastautin dalam Persekutuan selama tempoh kesemuanya tidak kurang daripada 10 tahun dalam 12 tahun termasuk 12 bulan terdahulu daripada dan hingga tarikh permohonan dikemukakan.
  • Pemohon berniat untuk bermastautin dalam Persekutuan selama-lamanya.
  • Pemohon berkelakuan baik.
  • Pemohon mempunyai pengetahuan Bahasa Melayu yang memadai.
  • Pemohon hendaklah ditaja oleh dua orang penyokong bertaraf warganegara.
  • Mengisi Borang C dengan lengkap dan sertakan salinan dokumen sokongan.

PROSEDUR PERMOHONAN

Pemohon dikehendaki hadir ke Kaunter Bahagian Kewarganegaraan Ibu Pejabat JPN Putrajaya atau Ibu Pejabat JPN Negeri /Cawangan dan membawa bersama dokumen-dokumen asal beserta salinan fotostat seperti berikut:

  • Kad pengenalan pemohon.
  • Permit Masuk pemohon.
  • Dokumen perjalanan pemohon.
  • Sijil Kelahiran/Sijil Anak Angkat pemohon (jika ada).
  • Kad pengenalan/Sijil Kelahiran/Sijil Kewarganegaraan penyokong.
  • 3 keping gambar warna pemohon berukuran pasport
  • Kad pengenalan suami/isteri (jika ada).
  • Kad Pengenalan/Sijil Kelahiran anak-anak pemohon.
  • Kad Pengenalan ibu/bapa dan adik beradik pemohon  (jika ada).

BAYARAN

RM10.00 bayaran permohonan.

Nota: Semua salinan fotostat dokumen-dokumen sokongan hendaklah dibuat di atas kertas bersaiz A4

Makluman: Semua permohonan urusan kewarganegaraan hendaklah menggunakan borang asal yang bercetak.  Borang-borang boleh didapatkan daripada Ibu Pejabat JPN Putrajaya atau mana-mana Ibu Pejabat setiap Negeri.  Kecuali permohonan pendaftaran kelahiran luar negara dan pendaftaran Pelepashakan kewarganegaraan borang boleh juga didapatkan dari Pejabat Konsul di luar negara