Permohonan Cabutan Sijil Kelahiran (Anak Angkat) Melalui Perintah Mahkamah

Sijil Kelahiran (Anak Angkat) melalui perintah mahkamah boleh dibuat cabutan sekiranya sijil asal hilang atau rosak dengan mengemukakan. permohonan ke Ibu Pejabat JPNM, Putrajaya.

Permohonan cabutan sijil kelahiran (anak angkat) melalui perintah mahkamah boleh dibuat oleh individu berikut:

  • Ibu bapa angkat;
  • Adik-beradik angkat;
  • Pemilik Sijil Kelahiran (Anak Angkat);
  • Firma Guaman yang dilantik oleh anak guamĀ (surat pelantikan asal dan salinan Kad Pengenalan wakil hendaklah disertakan).
  • Borang JPN.AA 04 yang telah lengkap diisi;
  • Kad Pengenalan atau pasport Ibu bapa angkat atau atau Firma Guaman atau wakil (asal dan salinan );
  • Satu (1) salinan asal Sijil Kelahiran (Anak Angkat) kanak-kanak (jika pemohon membuat permohonan gantian sijil baru).
  • Bayaran proses RM5.00.

    Makluman: Borang dalam portal ini hanya untuk panduan. Tidak digalakkan untuk mencetak dan menggunakan borang tersebut untuk berurusan . Bagi urusan , sila gunakan borang asal

    Borang JPN.AA 04- Permohonan Pendaftaran Pengangkatan

    .
    X