Cabutan Sijil Kelahiran Di Hedjaz (Semenanjung)

Print Friendly and PDF

Permohonan untuk mendapatkan salinan daftar kelahiran oleh pemohon yang berkelayakan dengan bayaran yang ditetapkan. Cabutan sijil kelahiran boleh dibuat di Ibu Pejabat JPN Putrajaya dan JPN Negeri dan sahaja..

Permohonan cabutan sijil kelahiran boleh dibuat oleh individu berikut:
  1. Pemilik Sijil Kelahiran yang telah memiliki Kad Pengenalan atau Passport;
  2. Ibu atau bapa pemilik Sijil Kelahiran;
  3. Suami atau isteri pemilik Sijil Kelahiran;
  4. Anak kandung atau anak angkat yang sah bagi pemilik Sijil Kelahiran;
  5. Adik-beradik kandung pemilik Sijil Kelahiran;
  6. Penjaga yang sah bagi kanak-kanak (pemilik Sijil Kelahiran) telah memiliki surat hak penjagaan kanak-kanak mengikut Akta Perlindungan Kanak-Kanak 1991;
  7. Firma Guaman;
  8. Badan Berkanun;
  9. Agensi kerajaan.
KATEGORI 1: INDIVIDU DALAM KATEGORI 1 HINGGA 6
  1. Borang JPN.LMH3 yang lengkap;
  2. Kad Pengenalan atau dokumen pengenalan diri pemohon (dokumen asal dan satu (1) salinan dokumen asal);
KATEOGRI 2: INDIVIDU DALAM KATEGORI 7
  1. Borang JPN.LMH3 yang lengkap;
  2. Surat Rasmi Pejabat Firma Guaman untuk memohon carian dan cabutan dalam daftar;
  3. Surat lantikan daripada anak guam (pemohon);
  4. Kad Pengenalan atau dokumen pengenalan diri anak guam (pemohon) (satu (1) salinan dokumen asal);
  5. Surat wakil kuasa kepada Firma Guaman untuk menguruskan permohonan (sekiranya berkaitan).
KATEGORI 3: INDIVIDU DALAM KATEGORI 8 DAN 9
  1. Borang JPN.LMH3 yang lengkap;
  2. Surat Rasmi Badan Berkanun atau Agensi Kerajaan untuk memohon cabutan dalam daftar;
  3. Surat wakil kuasa pemohon untuk menguruskan permohonan (sekiranya berkaitan).

Bayaran permohonan RM 2.00. Manakala permohonan daripada Agensi Kerajaan adalah dikecualikan bayaran.


Borang JPN.LMH3
-Makluman : Borang dalam portal ini hanya untuk panduan.Tidak digalakkan untuk mencetak dan menggunakan borang tersebut untuk berurusan.Bagi urusan,sila gunakan borang asal.

.
X