Cabutan Sijil Kelahiran (Sabah)

Print Friendly and PDF

Permohonan untuk mendapatkan salinan Sijil Kelahiran oleh pemohon yang berkelayakan dengan bayaran yang ditetapkan. Cabutan kelahiran ini boleh dibuat di Pejabat JPN Negeri dan JPN Putrajaya sahaja.

  • Pemilik Sijil Kelahiran;
  • Ibu atau bapa pemilik Sijil Kelahiran;
  • Suami atau isteri pemilik Sijil Kelahiran;
  • Anak kandung atau anak angkat yang sah bagi pemilik Sijil Kelahiran;
  • Adik-beradik kandung pemilik Sijil Kelahiran;
  • Firma Guaman;
  • Badan Berkanun;
  • Agensi kerajaan.
  • KATEGORI 1: INDIVIDU DALAM KATEGORI 1 HINGGA 5

  • Borang N1 yang lengkap;
  • Kad Pengenalan atau dokumen pengenalan diri pemohon (asal dan salinan);
  • Salinan sijil kelahiran pemilik daftar (sekiranya ada).
  •  

    KATEGORI 2: INDIVIDU DALAM KATEGORI 6

  • Borang N1 yang lengkap;
  • Surat Rasmi Pejabat Firma Guaman untuk memohon carian dan cabutan dalam daftar;
  • Surat lantikan daripada anak guam (pemohon);
  • Kad Pengenalan atau dokumen pengenalan diri anak guam (pemohon) (asal dan salinan);
  • Surat wakil kuasa untuk menguruskan permohonan (sekiranya berkaitan).
  •  

    KATEGORI 3: INDIVIDU DALAM KATEGORI 7 DAN 8

  • Borang N1 yang lengkap;
  • Surat Rasmi Badan Berkanun atau Agensi Kerajaan untuk memohon carian atau cabutan dalam daftar;
  • Surat wakil kuasa pemohon untuk menguruskan permohonan (sekiranya berkaitan).
  • Bayaran permohonan RM 5.00. Manakala permohonan daripada Agensi Kerajaan adalah dikecualikan bayaran.

    Borang N1-Permohonan Carian/Cabutan

    Makluman : Borang dalam portal ini hanya untuk panduan. Tidak digalakkan untuk mencetak dan menggunakan borang tersebut untuk berurusan. Bagi urusan, sila gunakan borang asal.

    .
    X