Permohonan Pembetulan Maklumat Seksyen 30 Dalam Sijil Kelahiran Bagi Kesilapan Fakta (Sabah)

Print Friendly and PDF

Permohonan untuk membetulkan kesilapan fakta di mana maklumat selain dari nama kanak-kanak yang diberi pemaklum semasa pendaftaran kelahiran tidak betul atau tidak diperolehi.

Permohonan Pembetulan Maklumat Kesilapan Fakta boleh dibuat oleh individu berikut:

  • Pemilik Sijil Kelahiran;
  • Ibu atau bapa kandung kanak-kanak;
  • Penjaga kanak-kanak yang sah;
  • Dua (2) orang individu yang mengenali kanak-kanak.
  • Pemohon dikehendaki hadir ke mana-mana kaunter Jabatan Pendaftaran Negara di Sabah dengan membawa dokumen-dokumen yang diperlukan.

    DOKUMEN KANAK-KANAK (ASAL DAN SALINAN)

  • Borang PSB 4 dan Borang PSB 4A yang lengkap;
  • Surat Akuan Sumpah;
  • Borang Maklumat Keluarga BMK-81;
  • Borang MyKid;
  • Sijil Kelahiran kanak-kanak (asal dan salinan );
  • Kad Pengenalan atau dokumen pengenalan diri kanak-kanak (asal dan salinan );
  • Pasport atau dokumen insurans atau buku bank kanak-kanak sekiranya kanak-kanak telah mempunyai pasport atau akaun bank atau insurans (asal dan salinan );
  • Gambar kanak-kanak berukuran 3R (poskad) dan berukuran pasport;
  •  

    DOKUMEN IBU DAN BAPA (ASAL DAN SALINAN)

    1.         Kad Pengenalan atau dokumen pengenalan diri ibu dan bapa (asal dan salinan);

    2.         Surat Keizinan oleh ibu bapa kandung kanak-kanak yang memberikan kebenaran kepada penjaga untuk membuat permohonan;

    3.         Perkahwinan atau Sijil Perceraian atau Sijil Kematian ibu bapa kanak-kanak (asal dan salinan);

    4          Surat Kebenaran Penjagaan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (jika permohonan dibuat oleh penjaga kanak-kanak) (asal dan  salinan );

    5          Dokumen-dokumen lain yang boleh menyokong permohonan seperti Sijil atau Kad  Memeluk Agama Islam ibu atau bapa kanak-kanak, Sijil Kelahiran atau Sijil Kematian ibu atau bapa kanak-kanak dan surat kelulusan penukaran nama daripada Bahagian Kad Pengenalan, JPN;

     

    DOKUMEN ADIK BERADIK (ASAL DAN SALINAN)

    1.         Sijil Kelahiran atau Kad Pengenalan adik-beradik kanak-kanak jika ada (asal dan salinan);

  • Bayaran pendaftaran permohonan RM2.00
  • Bayaran kelulusan permohonan RM 5.00
  • Bayaran cabutan Sijil Kelahiran RM 5.00
  • BMK-81 – Borang Maklumat Keluarga

    JPN.MYKID01-Borang Permohonan MyKid

    Makluman : Borang dalam portal ini hanya untuk panduan. Tidak digalakkan untuk mencetak dan menggunakan borang tersebut untuk berurusan. Bagi urusan, sila gunakan borang asal.

    .
    X