Permohonan Pembetulan Maklumat Seksyen 25 (3) Dalam Sijil Kelahiran Bagi Pembetulan Kesilapan Fakta (Sarawak)

Print Friendly and PDF

Permohonan untuk membetulkan kesilapan fakta di mana maklumat selain dari nama kanak-kanak yang diberi pemaklum semasa pendaftaran kelahiran tidak betul atau tidak diperolehi. Pemohon perlu mengemukakan dokumen-dokumen sokongan bagi membuktikan kesilapan fakta tersebut.

Permohonan Pembetulan Maklumat Seksyen 25(3) boleh dibuat oleh individu berikut:

  • Pemilik Sijil Kelahiran;
  • Ibu atau bapa kandung kanak-kanak;
  • Penjaga kanak-kanak yang sah;
  • Pemohon dikehendaki hadir ke mana-mana kaunter Jabatan Pendaftaran Negara di Sarawak dengan membawa dokumen-dokumen yang diperlukan.

  • Borang X dan Borang VII yang lengkap;
  • Surat Akuan Sumpah SA/81;
  • Borang Maklumat Keluarga BMK-81;
  • Sijil Kelahiran kanak-kanak (asal dan salinan );
  • Pasport atau dokumen insurans atau buku bank kanak-kanak sekiranya kanak-kanak telah mempunyai pasport atau akaun bank atau insurans (asal dan salinan );
  •  

    DOKUMEN IBU DAN BAPA (ASAL DAN SALINAN)

  • Kad Pengenalan atau dokumen pengenalan diri ibu dan bapa atau Sijil Kematian ibu bapa kanak-kanak (asal dan salinan);
  • Surat Keizinan oleh ibu bapa kandung kanak-kanak yang memberikan kebenaran kepada penjaga untuk membuat permohonan;
  • Sijil perkahwinan atau Sijil Perceraian (asal dan salinan);
  • Surat Kebenaran Penjagaan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (jika permohonan dibuat oleh penjaga kanak-kanak) (asal dan  salinan );
  • Dokumen-dokumen lain yang boleh menyokong permohonan seperti Sijil atau Kad  Memeluk Agama Islam ibu atau bapa kanak-kanak, Sijil Kelahiran atau Sijil Kematian ibu atau bapa kanak-kanak dan surat kelulusan penukaran nama daripada Bahagian Kad Pengenalan, JPN;
  •  

    DOKUMEN ADIK BERADIK (ASAL DAN SALINAN)

  • Sijil Kelahiran atau Kad Pengenalan adik-beradik kanak-kanak jika ada (asal dan salinan);
  • Bayaran pendaftaran permohonan RM2.00;
  • Bayaran kelulusan permohonan RM 5.00
  • Bayaran cabutan Sijil Kelahiran RM 5.00.
  • Borang x-Permohonan Carian/Cabutan

    BMK-81-Borang Maklumat Keluarga

    Makluman : Borang dalam portal ini hanya untuk panduan. Tidak digalakkan untuk mencetak dan menggunakan borang tersebut untuk berurusan.Bagi urusan, sila gunakan borang asal.

    .
    X