Pendaftaran Kelahiran Biasa (Sabah)

Print Friendly and PDF

Pemohonan pendaftaran kelahiran biasa bermaksud setiap kelahiran yang berlaku di Malaysia hendaklah didaftarkan dalam tempoh 14 hari dari tarikh kelahiran kanak-kanak tersebut.

Permohonan pendaftaran kanak-kanak boleh dibuat oleh individu berikut:

  • Ibu atau bapa kanak-kanak;
  • Penjaga kanak-kanak yang sah;
  • Individu yang mengetahui tentang kelahiran kanak-kanak.
  • Pemohon dikehendaki hadir ke mana-mana kaunter Jabatan Pendaftaran Negara dengan membawa dokumen-dokumen yang diperlukan.

    DOKUMEN KANAK-KANAK (ASAL DAN SALINAN)

  • Borang A dan Borang N1 (cabutan) diisi dengan lengkap;
  • Borang Pengesahan Kelahiran daripada hospital atau Surat Akuan Bidan/Doktor bagi kelahiran di rumah (asal);
  • Kad Pranatal (Buku Rawatan Mengandung) (asal dan salinan); dan
  • Kad Kesihatan & Imunisasi Kanak-Kanak, (asal dan salinan).
  •  

    DOKUMEN IBU DAN BAPA (ASAL DAN SALINAN)

  • Kad Pengenalan atau Permit Masuk atau Pasport bagi ibu dan bapa kanak-kanak serta individu yang melaporkan kelahiran (asal dan salinan);
  • Sjil Perkahwinan atau Perceraian atau Sijil Kematian ibu dan bapa kanak-kanak (asal dan salinan).
  •  

    DOKUMEN PEMAKLUM (ASAL DAN SALINAN)

  • Kad Pengenalan atau Permit Masuk atau Pasport (asal dan salinan);
  • Percuma

    Borang N1-Permohonan Carian/Cabutan

    Makluman : Borang dalam portal ini hanya untuk panduan. Tidak digalakkan untuk mencetak dan menggunakan borang tersebut untuk berurusan. Bagi urusan, sila gunakan borang asal.

    .
    X