Pendaftaran Kelahiran Biasa (Sarawak)

Print Friendly and PDF

Pemohonan pendaftaran kelahiran biasa bermaksud setiap kelahiran yang berlaku di Malaysia hendaklah didaftarkan dalam tempoh 14 hari dari tarikh kelahiran kanak-kanak tersebut.

Permohonan pendaftaran kanak-kanak boleh dibuat oleh individu berikut:

  1. Ibu atau bapa kanak-kanak;
  2. Penjaga kanak-kanak yang sah;
  3. Individu yang mengetahui tentang kelahiran kanak-kanak.
  4. Ibu dan bapa kanak-kanak (Bagi pendaftaran anak tak sah taraf)

DOKUMEN KANAK-KANAK (ASAL DAN SALINAN)

  1. Borang I dan Borang X (cabutan) diisi dengan lengkap;
  2. Borang Pengesahan Kelahiran daripada hospital atau Surat Akuan Bidan/Doktor bagi kelahiran di rumah (asal);
  3. Kad Pranatal (Buku Rawatan Mengandung) (asal dan salinan); dan

DOKUMEN IBU DAN BAPA (ASAL DAN SALINAN)

  1. Kad Pengenalan atau Permit Masuk atau Pasport bagi ibu dan bapa serta individu yang melaporkan kelahiran (asal dan salinan);
  2. Sijil Perkahwinan atau Sijil Perceraian (asal dan salinan).
  3. Sijil Kematian ibu bapa (asal dan salinan) (jika berkenaan)

DOKUMEN PEMAKLUM (ASAL DAN SALINAN)

  1. Kad Pengenalan atau Permit Masuk atau Pasport (asal dan salinan);

Tiada bayaran dikenakan

Borang x-Permohonan Carian/Cabutan

Makluman : Borang dalam portal ini hanya untuk panduan. Tidak digalakkan untuk mencetak dan menggunakan borang tersebut untuk berurusan. Bagi urusan, sila gunakan borang asal.

.
X