Permohonan pendaftaran kelahiran lewat bermaksud setiap kelahiran yang berlaku di Malaysia yang didaftarkan selepas 60 hari dari tarikh kelahiran kanak-kanak tersebut.
KELAYAKAN PEMOHON ATAU PENGANJUR ATAU PEMAKLUM
Pemohon hendaklah terdiri daripada dua (2) orang iaitu:
- Ibu dan bapa kanak-kanak
- Ibu atau bapa dan seorang penganjur yang mengetahui mengenai kelahiran yang umurnya 15 tahun lebih tua daripada kanak-kanak (jika ibu atau bapa tidak dapat dikesan / meninggal dunia)
- Dua (2) orang penganjur yang mengetahui mengenai kanak-kanak tersebut dan masing-masing berumur 21 tahun dan ke atas di mana perbezaan umur sekurang-kurangnya 15 tahun lebih tua daripada kanak-kanak (jika ibu dan bapa tidak dapat dikesan / meninggal dunia);
- Dua (2) orang penganjur yang merupakan Pegawai Kebajikan Masyarakat atau dua (2) orang yang diberi hak penjagaan kanak-kanak mengikut Akta Perlindungan Kanak-Kanak 1991 (jika kanak-kanak yang dijumpai terdampar).
Pemohonan pendaftaran lewat kelahiran boleh dibuat di mana-mana Pejabat JPN di seluruh Semenanjung Malaysia berhampiran dengan tempat tinggal pemohon dengan membawa dokumen-dokumen yang diperlukan.
DOKUMEN KANAK-KANAK (ASAL DAN SALINAN)
- Borang Carian Kelahiran JPN.LM12 (bagi kelahiran yang berlaku pada tahun 2002 dan ke bawah)
- Borang Daftar Kelahiran JPN.LM01 diisi dengan lengkap
- Kad Pranatal atau Rawatan Mengandung, Kad Kesihatan & Imunisasi Kanak-Kanak, Surat Akuan Bidan atau Doktor (asal dan salinan).
- Gambar Penuh Terkini kanak-kanak Ukuran Poskad 4R (satu (1) keping)
- Gambar Terkini Ukuran Pasport kanak-kanak (satu (1) keping)
- Surat Akuan Kelahiran Kanak-kanak oleh Ketua Kampung atau Ketua Kaum atau Ahli Parlimen atau ADUN dalam kawasan kelahiran kanak-kanak berlaku
- Cabutan Daftar Sekolah atau Sijil Persekolahan berserta pengesahan oleh Guru Besar atau Pengetua Sekolah jika kanak-kanak bersekolah dan berumur tujuh (7) tahun ke atas atau Surat Akuan Kanak-Kanak Tidak Pernah Bersekolah perlu diisi oleh Penghulu atau Ketua Kaum atau Ahli Parlimen atau ADUN dalam kawasan di mana kanak-kanak tinggal dan kanak-kanak berumur tujuh (7) tahun ke atas.
- Surat Akuan Saksi oleh dua (2) orang yang mengetahui mengenai kelahiran
DOKUMEN IBU DAN BAPA (ASAL DAN SALINAN)
- Kad Pengenalan atau Permit Masuk atau Pasport atau Sijil Kematian (asal dan salinan)
- Sijil Perkahwinan atau Sijil Perceraian (asal dan salinan)
- Gambar Terkini Ukuran Pasport ibu, bapa(satu (1) keping)
DOKUMEN ADIK BERADIK (ASAL DAN SALINAN)
- Sijil Kelahiran atau Kad Pengenalan adik-beradik kanak-kanak jika ada (asal dan salinan)
- Gambar Terkini Ukuran Pasport adik-beradik kandung seibu sebapa (satu (1) keping)
- Borang Maklumat Keluarga BMK81 dan BMK81A
DOKUMEN PENGANJUR (ASAL DAN SALINAN)
- Akuan Sumpah Berkanun JPN.LM27 bagi dua (2) orang penganjur yang mengetahui tentang kelahiran
- Kad Pengenalan atau Permit Masuk atau Pasport atau Sijil Kematian pemaklum atau saksi atau penganjur (asal dan salinan)
Bayaran
Fi Permohonan: RM 50.00
JPN.LM12-Permohonan Carian/Cabutan
JPN.LM01
-Daftar Kelahiran/Kelahiran Mati
BMK 81-BORANG MAKLUMAT KELUARGA (2 SEPARATE PAGE)-JPN PUTRAJAYA
BMK 81A-BORANG SENARAI GAMBAR (SEPARATE PAGE)-JPN PUTRAJAYA
JPN.LM27-BORANG PERMOHONAN PENDAFTARAN LEWAT KELAHIRAN -Surat Akuan Berkanun
Makluman : Borang dalam portal ini hanya untuk panduan. Tidak digalakkan untuk mencetak dan menggunakan borang tersebut untuk berurusan. Bagi urusan, sila gunakan borang asal.