Pendaftaran Lewat Kelahiran (Sabah)

Print Friendly and PDF

Pemohon pendaftaran kelahiran lewat bermaksud setiap kelahiran yang berlaku di Sabah yang didaftarkan selepas 42 hari dari tarikh kelahiran kanan-kanak tersebut.

Kelayakan Pemohon atau Penganjur atau Pemaklum:

  • Ibu atau bapa kandung kanak-kanak;
  • Jika bapa kandung tidak diperolehi, ibu atau seorang penganjur yng mengetahui mengenai kelahiran yang umurnya 10 tahun lebih tua daripada kanak-kanak;
  • Jika bapa kandung tidak diperolehi dan ibu telah meninggal dunia, permohonan boleh dibuat oleh dua(2) orang penganjur yang mengetahui mengenai kanak-kanak tersebut dan masing-masing berumur 18 tahun dan ke atas di mana perbezaan umur sekurang-kurangnya 10 tahun  lebih tua daripada kanak-kanak;
  • Jika kanak-kanak yang baru dilahirkan hidup dan terdedah dan kelahirannya tidak didaftarkan, permohonan boleh dikemukakan oleh dua (2) orang penganjur yang merupakan Pegawai Kebajikan Masyarakat atau ornag yang diberi hak penjagaan kanak-kanak mengikut Akta Perlindungan Kanak-Kanak 1991;
  • Permohonan pendaftran lewat kelahiran boleh dibuat di mana-mana Pejabat JPN Sabah yang berhampiran dengan tempat tinggal pemohon dengan membawa dokumen-dokumen yang diperlukan

    Dokumen Kanak-Kanak (Asal dan Salinan)

  • Borang Carian Kelahiran borang N1 (bagi kelahiran yang berlaku pada 2002 dan ke bawah);
  • Borang Daftar Kelahiran (Borang A) diisi dengan lengkap;
  • Kad Pranatal atau Rawatan Mengandung, Kad Kesihatan & Imunisasi Kanak-Kanak, Surat Akuan Bidan atau Doktor (asal dan salinan). Sekiranya tiada, Akuan Sumpah Berkanun perlu dikemukakan;
  • Gambar penuh terkini kanak-kanak ukuran passport 4R (satu(1) keping);
  • Gambar terkini ukuran Passport kanak-kanak (satu (1) keping);
  • Surat Akuan Kelahiran Kanak-kanak oleh Ketua Kampung atau Ketua Kaum atau Ahli Parlimen atau ADUM dalam kawasan kelahiran kanak-kanak berlaku;
  • Cabutan Daftar Sekolah atau Sijil Persekolahan berserta pengesahan Guru Besar atau Pengetua Sekolah jika kanak-kanak bersekolah dan berumur tujuh (7) tahun ke atas Surat Akuan Kanak-Kanak Tidak Pernah Bersekolah perlu diisi oleh Penghulu atau Ketua Kaum atau Ahli Parlimen atau ADUN dalam kawasan di mana kanak-kanak berumur tujuh (7) tahun ke atas (jika ada);
  • Surat Akuan Saksi oleh dua (2) orang yang mengetahui mengenai kelahiran;
  •  

    Dokumen Ibu dan Bapa  (Asal dan Salinan)

  • Kad Pengenalan atau Permit masuk atau Passport atau sijil Kematian (ibu bapa kanak-kanak atau pemaklum atau saksi atau penganjur) (asal dan salinan);
  • Dokumen Perkahwinan atau Sijil Perceraian atau Sijil Kematian ibu bapa kanak-kanak (asal dan salinan);
  • Gambar Terkini Ukuran Passport ibu dan bapa (satu (1) keping);
  •  

    Dokumen Adik Beradik (Asal dan Salinan)

  • Sijil Kelahiran atau Kad Pengenalan adik-beradik kanak-kanak jika ada (asal dan salinan);
  • Gambar Terkini Ukuran Passport adik-beradik kandung seibu dan sebapa (satu (1) keping);
  • Borang Maklumat Keluarga BMK-81 dan BMK-81A;
  •  

    Dokumen Penganjur (Asal dan Salinan)

  • Akuan Sumpah Berkanun JPN.LM27 bagi dua (2) orang penganjur yang mengetahui tentang kelahiran;
  • Kad Pengenalan atau Permit Masuk atau Passport atau Sijil Kematian pemaklum atau saksi atau penganjur (asal dan salinan);
  • Dokumen  Kanak-Kanak (Asal dan Salinan)

  • Borang Permohonan Carian atau Cabutan Daftar Kelahiran – Borang N1;
  • Borang Daftar Kelahiran -Borang A;
  • Borang Pengesahan Kelahiran;
  • Kad Pranatal atau Rawatan Mengandung, Kad Kesihatan & Imunisasi Kanak-Kanak, Surat Akuan Bidan atau Doktor (asal dan salinan);
  • Gambar Penuhj Terkini Kanak-Kanak Ukuran Poskad 4R (satu (1) keping) ;
  • Gambar Terkini Ukuran Pasport Kanak-Kanak (satu(1) keping);
  • Cabutan Daftar Sekolah atau Sijil Persekolahan berserta pengesahan oleh Guru Besar atau Pengetua Sekolah jika kanak-kanak bersekolah dan berumur tujuh (7) tahun ke atas atau Surat Akuan Kanak-Kanak Tidak Pernah Bersekolah perlu diisi oleh Penghulu atau Ketua Kaum Ahli Parlimen atau ADUN dalam kawasan di mana kanak-kanak tinggal dan kanak-kanak tujuh (7) tahun ke atas (jika ada).
  •  

    Dokumen Ibu dan Bapa (Asal dan Salinan)

  • Kad Pengenalan atau Permit Masuk atau Passport atau Sijil Kematian (ibu bapa kanak-kanak atau pemaklum atau saksi atau penganjur (asal dan salinan);
  • Dokumen Perkahwinan atau Sijil Perceraian atau Sijil Kematian (ibu bapa kanak-kanak atua pemaklum atau saksi atau penganjur)(asal dan salinan);
  • Gambar Terkini Ukuran Passport ibu dan bapa (satu(1) keping);
  •  

    Dokumen Adik Beradik(Asal dan Salinan)

  • Sijil Kelahiran atau Kad Pengenalan adik-beradik  kanak-kanak jika ada (asal dan salinan);
  • Gambar Terkini Ukuran Passport adik-beradik kandung seibu sebapa (satu(1) keping);
  • Borang Maklumat Keluarga BMK-81 dan
    BMK-81A;
  •  

    Dokumen Penganjur (Asal dan Salinan)

  • Akuan Sumpah BerkanunJPN. LM27 bagi dua (2) orang penganjur yang mengetahui tentang kelahiran;
  • Kad Pengenalan atau Permit Masuk atau Passport atau Sijil Kematian pemaklum atau saksi atau penganjur (asal dan salinan);
  • Bayaran proses Rm10.00

    Borang N1-Permohonan Carian/Cabutan

    JPN.LM27-Surat Akuan Berkanun Permohonan Pendaftaran Lewat Kelahiran

    JPN.LM12– Permohonan Carian/Cabutan Daftar Kelahiran

    JPN.LM01-Birth registration form

    BMK-81-Borang Maklumat Keluarga

    BMK-81A-Borang Senarai Gambar

    Makluman : Borang dalam portal ini hanya untuk panduan. Tidak digalakkan untuk mencetak dan menggunakan borang tersebut untuk berurusan. Bagi urusan, sila gunakan borang asal.

    .
    X