Permohonan Carian Dalam Daftar (Sabah)

Print Friendly and PDF

Permohonan carian adalah permohonan untuk mendapatkan keputusan carian mengenai daftar kelahiran dengan bayaran fee yang ditetapkan. Pemaklum mestilah Ibu/Bapa/Penjaga kanak-kanak tersebut. Permohonan boleh dibuat di Semenanjung Malaysia dan akan dipanjangkan ke Sabah untuk kelulusan Pendaftar Wilayah.

[Seksyen 13, Ordinan Sabah , Cap.123]

Pemohon perlu mengisi Borang N1 (Cabutan) dengan lengkap beserta dokumen sokongan.

  •  Dokumen pengenalan diri atau dokumen perjalanan yang sah (jika bukan warganegara)
  •  Surat Rasmi Jabatan untuk memohon carian dalam daftar (bagi permohonan dari Jabatan Kerajaan)
  •  Sebarang dokumen atau maklumat yang boleh dijadikan asas membuat carian dalam daftar kelahiran seperti Cabutan Daftar  Persekolahan dan Sijil Kelahiran adik-beradik yang lain (bagi permohonan carian kelahiran)
  • Percuma

    Borang N1-Permohonan Carian/Cabutan

    Makluman : Borang dalam portal ini hanya untuk panduan. Tidak digalakkan untuk mencetak dan menggunakan borang tersebut untuk berurusan. Bagi urusan, sila gunakan borang asal.

    .
    X