Permohonan Daftar Semula Kelahiran (Hilang Atau Musnah) Seksyen 4A (Semenanjung)

Print Friendly and PDF

Pemohonan pendaftaran semula kelahiran adalah pendaftaran yang dibuat semula kerana daftar atau rekod kelahirannya tidak dapat dikesan mungkin hilang atau musnah dengan mengemukakan bukti bahawa kelahiran tersebut telah didaftarkan. Permohonan boleh dikemukakan di mana-mana pejabat JPN seluruh Semenanjung Malaysia.

Permohonan daftar semula kelahiran boleh dibuat oleh individu berikut:

  1. Ibu atau bapa kanak-kanak;
  2. Pemilik sijil kelahiran sekiranya telah memiliki kad pengenalan.

Pemohon dikehendaki hadir ke mana-mana kaunter Jabatan Pendaftaran Negara dengan membawa dokumen-dokumen yang diperlukan.

  1. Borang JPN.LM01
  2. Sijil Kelahiran (dokumen asal dan satu (1) salinan dokumen asal) – jika ada
  3. Borang Maklumat Keluarga – BMK81
  4. Cabutan Daftar Sekolah (dokumen asal dan satu (1) salinan dokumen asal);
  5. Kad Pengenalan pemilik sijil kelahiran (dokumen asal dan satu (1) salinan dokumen asal) – jika ada;
  6. Apa-apa dokumen yang tercatat nombor daftar kelahiran kanak-kanak bagi pendaftaran semula kelahiran (asal dan satu (1) salinan dokumen asal).

Tiada bayaran dikenakan.

JPN.LM01-Daftar Kelahiran/Kelahiran Mati

BMK81 – Borang Maklumat Keluarga

Makluman : Borang dalam portal ini hanya untuk panduan. Tidak digalakkan utuk mencetak dan menggunakan borang tersebut untuk berurusan. Bagi urusan, sila gunakan borang asal.

.
X