Permohonan Pembetulan Maklumat Seksyen 11 Dalam Sijil Kelahiran Bagi Kemasukan Nama Kanak-Kanak Berumur Kurang Daripada Satu (1) Tahun (Sarawak)

Print Friendly and PDF

Permohonan ini dibuat adalah bertujuan untuk memasukkan nama kanak-kanak yang telah didaftarkan “Tiada Bernama” semasa pendaftaran kelahiran bagi kanak-kanak yang berumur kurang daripada satu (1) tahun.

Permohonan Pembetulan Maklumat Seksyen 11 boleh dibuat oleh individu berikut:

  1. Pemilik Sijil Kelahiran;
  2. Ibu atau bapa kandung kanak-kanak;
  3. Penjaga kanak-kanak yang sah;

Pemohon dikehendaki hadir ke mana-mana kaunter Jabatan Pendaftaran Negara di Sarawak dengan membawa dokumen-dokumen yang diperlukan.

DOKUMEN KANAK-KANAK (ASAL DAN SALINAN)

  1. >Borang Form VII dan Borang X yang lengkap;
  2. Surat Akuan Sumpah;
  3. Borang Maklumat Keluarga BMK81;
  4. Sijil Kelahiran kanak-kanak (asal dan salinan );
  5. Kad Pengenalan atau dokumen pengenalan diri kanak-kanak (asal dan Salinan)
  6. Pasport atau dokumen insurans atau buku bank kanak-kanak sekiranya kanak-kanak telah mempunyai pasport atau akaun bank atau insurans (asal dan salinan );
  7. Surat akuan bersekolah jika kanak-kanak bersekolah;
  8. Surat Akuan Penghulu di kawasan tempat tinggal kanak-kanak;
  9. Dokumen-dokumen lain yang boleh menyokong permohonan.

DOKUMEN IBU DAN BAPA (ASAL DAN SALINAN)

  1. Kad Pengenalan atau dokumen pengenalan diri ibu dan bapa atau Sijil Kematian ibu bapa kanak-kanak (asal dan salinan);
  2. Surat Keizinan oleh ibu bapa kandung kanak-kanak yang memberikan kebenaran kepada penjaga untuk membuat permohonan;
  3. Perkahwinan atau Sijil Perceraian (asal dan salinan);
  4. Surat Kebenaran Penjagaan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (jika permohonan dibuat oleh penjaga kanak-kanak) (asal dan  salinan );
  5. Dokumen-dokumen lain yang boleh menyokong permohonan seperti Sijil atau Kad  Memeluk Agama Islam ibu atau bapa kanak-kanak, Sijil Kelahiran atau Sijil Kematian ibu atau bapa kanak-kanak dan surat kelulusan penukaran nama daripada Bahagian Kad Pengenalan, JPN;

DOKUMEN ADIK BERADIK (ASAL DAN SALINAN)

  1. Sijil Kelahiran atau Kad Pengenalan adik-beradik kanak-kanak jika ada (asal dan salinan);
  1. Bayaran pendaftaran permohonan RM2.00
  2. Bayaran kelulusan permohonan RM 5.00
  3. Bayaran cabutan Sijil Kelahiran RM 5.00

Borang x-Permohonan Carian/Cabutan

BMK-81-Borang Maklumat Keluarga

Makluman : Borang dalam portal ini hanya untuk panduan. Tidak digalakkan untuk mencetak dan menggunakan borang tersebut untuk berurusan. Bagi urusan, sila gunakan borang asal.

.
X