Permohonan Pembetulan Maklumat Seksyen 15 (1) Dalam Sijil Kelahiran Bagi Pengubahan Nama Kanak-Kanak Berumur Di Bawah (1) Tahun (Semenanjung)

Print Friendly and PDF

Permohonan mengubah nama kanak-kanak yang telah didaftarkan hanya boleh dibuat dalam tempoh satu (1) tahun dari tarikh kelahiran kanak-kanak.

  1. Ibu atau bapa kandung kanak-kanak
  2. Penjaga kanak-kanak yang sah;

Pemohon dikehendaki hadir ke mana-mana kaunter Jabatan Pendaftaran Negara di seluruh Semenanjung Malaysia dengan membawa dokumen-dokumen yang diperlukan.

DOKUMEN KANAK-KANAK (ASAL DAN SALINAN)Borang JPN.LM21 yang lengkap;

  • Surat Akuan Sumpah JPN.LM22  dan JPN LM07.
  • Borang Maklumat Keluarga BMK81;
  • Borang MyKid;
  • Sijil Kelahiran kanak-kanak (asal dan salinan);
  • Surat Kebenaran Penjagaan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (jika permohonan dibuat oleh penjaga kanak-kanak) (asal dan salinan);
  • Pasport atau dokumen insurans atau buku bank kanak-kanak sekiranya kanak-kanak telah mempunyai pasport atau akaun bank atau insurans (asal dan salinan);

DOKUMEN IBU DAN BAPA (ASAL DAN SALINAN)

  1. Kad Pengenalan atau dokumen pengenalan diri ibu dan bapa (asal dan salinan);
  2. Surat Keizinan oleh ibu bapa kandung kanak-kanak yang memberikan kebenaran kepada penjaga untuk membuat permohonan;

1.Bayaran pendaftaran permohonan RM2.00

2.Bayaran kelulusan permohonan RM 5.00

3.Bayaran cabutan Sijil Kelahiran RM 5.00

JPN.LM21-Permohonan Kemasukan Nama/Pembetulan Maklumat.

JPN.LM22-Surat Akuan Permohonan Pembetulan Fakta

JPN.LM07 – Perakuan Pendaftran Nama

BMK 81-BORANG MAKLUMAT KELUARGA (2 SEPARATE PAGE)-JPN PUTRAJAYA

jpnmykid-Borang Permohonan MyKid

Makluman : borang dalam portal ini hanya untuk panduan.Tidak digalakkan utuk mencetak dan menggunakan borang tersebut untuk berurusan. Bagi urusan, sila gunakan borang asal.

.
X