Permohonan Pembetulan Maklumat Seksyen 15 (2) (A) Dalam Sijil Kelahiran Bagi Kemasukan Nama Kanak-Kanak Berumur Di Bawah 21 Tahun (Semenanjung)

Print Friendly and PDF

Permohonan untuk memasukkan nama kanak-kanak yang telah didaftarkan “tiada bernama” semasa pendaftaran kelahiran bagi kanak-kanak yang berumur satu (1) tahun hingga kurang daripada 21 tahun.

Permohonan Kemasukan Nama Kanak-Kanak Berumur Di Bawah 21 Tahun boleh dibuat oleh individu berikut:

  1. Pemilik Sijil Kelahiran;
  2. Ibu atau bapa kandung kanak-kanak;
  3. Penjaga kanak-kanak yang sah;

Pemohon dikehendaki hadir ke mana-mana kaunter Jabatan Pendaftaran Negara di seluruh Semenanjung Malaysia dengan membawa dokumen-dokumen yang diperlukan.

DOKUMEN KANAK-KANAK (ASAL DAN SALINAN

  1. Borang JPN.LM21 yang lengkap dan Borang JPN.LM08 yang lengkap;
  2. Surat Akuan Sumpah JPN.LM22.
  3. Borang Maklumat Keluarga BMK81;
  4. Borang MyKid;
  5. Sijil Kelahiran kanak-kanak (asal dan salinan);
  6. Surat Kebenaran Penjagaan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (jika permohonan dibuat oleh penjaga kanak-kanak); (asal dan salinan);
  7. Pasport atau dokumen insurans atau buku bank kanak-kanak sekiranya kanak-kanak telah mempunyai pasport atau akaun bank atau insurans; (asal dan salinan);

DOKUMEN IBU DAN BAPA (ASAL DAN SALINAN)

  1. Kad Pengenalan atau dokumen pengenalan diri ibu dan bapa atau Sijil Kematian ibu bapa kanak-kanak (asal dan salinan);
  2. Surat Keizinan oleh ibu bapa kandung kanak-kanak yang memberikan kebenaran kepada penjaga untuk membuat permohonan;
  3. Sijil Perkahwinan atau Sijil Perceraian(asal dan salinan);
  1. Bayaran pendaftaran permohonan RM2.00
  2. Bayaran kelulusan permohonan RM 5.00
  3. Bayaran cabutan Sijil Kelahiran RM 5.00

borangJPN.LM21C-Permohonan Kemasukan Nama/Pembetulan Maklumat.

JPN.LM22-Surat Akuan Permohonan Pembetulan Fakta

BMK 81-BORANG MAKLUMAT KELUARGA (2 SEPARATE PAGE)-JPN PUTRAJAYA


jpnmykid
-Borang Permohonan MyKid

Makluman : Borang dalam portal ini hanya untuk panduan. Tidak digalakkan untuk mencetak dan menggunakan borang tersebut untuk berurusan. Bagi urusan, sila gunakan borang asal.

.
X