Permohonan Pembetulan Maklumat Seksyen 15 (2) (B) Dalam Sijil Kelahiran Bagi Kemasukan Nama Kanak-Kanak Berumur 21 Tahun Dan Lebih (Semenanjung)

Print Friendly and PDF

Permohonan untuk memasukkan nama kanak-kanak yang telah didaftarkan “tiada bernama” semasa pendaftaran kelahiran bagi kanak-kanak yang berumur lebih daripada 21 tahun.

Permohonan Kemasukan Nama Kanak-kanak Berumur 21 Tahun dan lebih boleh dibuat oleh individu berikut:

  1. Pemilik Sijil Kelahiran;
  2. Ibu atau bapa kandung kanak-kanak;
  3. Penjaga kanak-kanak yang sah;
  4. Suami atau isteri pemilik Sijil Kelahiran.

The applicant is required to go to any National Registration Department counter in Peninsular Malaysia with the necessary documents.

  1. DOKUMEN KANAK-KANAK (ASAL DAN SALINAN)
    1. Borang JPN.LM21 dan Borang JPN.LM08 yang lengkap;
    2. Surat Akuan Sumpah JPN.LM22.
    3. Borang Maklumat Keluarga BMK81 dan BMK81A;
    4. Sijil Kelahiran kanak-kanak (asal dan salinan);
    5. Kad Pengenalan atau dokumen pengenalan diri pemohon, kanak-kanak (asal dan salinan);
    6. Surat Kebenaran Penjagaan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (jika permohonan dibuat oleh penjaga kanak-kanak) (asal dan salinan);
    7. Pasport atau dokumen insurans atau buku bank kanak-kanak sekiranya kanak-kanak telah mempunyai pasport atau akaun bank atau insurans (asal dan salinan);
    8. Surat akuan bersekolah jika kanak-kanak bersekolah;
    9. Surat Akuan Penghulu di kawasan tempat tinggal kanak-kanak;
    10. Dokumen-dokumen lain yang boleh menyokong permohonan.

    DOKUMEN IBU DAN BAPA (ASAL DAN SALINAN)

    1. Kad Pengenalan atau dokumen pengenalan diri ibu dan bapa atau Sijil Kematian ibu bapa kanak-kanak (asal dan salinan);
    2. Surat Keizinan oleh ibu bapa kandung kanak-kanak yang memberikan kebenaran kepada penjaga untuk membuat permohonan;
    3. Sijil Perkahwinan atau Sijil Perceraian (asal dan salinan);

    DOKUMEN ADIK BERADIK (ASAL DAN SALINAN)

    1. Sijil Kelahiran atau Kad Pengenalan adik-beradik kanak-kanak jika ada (asal dan salinan);
  1. Bayaran pendaftaran permohonan RM2.00
  2. Bayaran kelulusan permohonan RM 5.00
  3. Bayaran cabutan Sijil Kelahiran RM 5.00


JPN. LM21
 – Permohonan Kemasukan Nama/ Pembetulan Maklumat Di Dalam Daftar Kelahiran

JPN.LM22-Surat Akuan Permohonan Pembetulan Fakta.

BMK81 – Borang Maklumat Keluarga

BMK 81A-BORANG SENARAI GAMBAR (SEPARATE PAGE)-JPN PUTRAJAYA

Makluman : Borang dalam portal ini hanya untuk panduan.Tidak digalakkan untuk mencetak dan menggunakan borang tersebut untuk berurusan.Bagi urusan,sila gunakan borang asal.

.
X