Permohonan Pembetulan Maklumat Seksyen 27(2) Dalam Sijil Kelahiran Bagi Kesilapan Perkeranian (Semenanjung)

Print Friendly and PDF

Permohonan untuk membetulkan kesilapan kecil dilakukan JPN yang melibatkan kesilapan ejaan yang mana jika pembetulan dibuat tidak akan mengubah fakta dalam Sijil Kelahiran.

Permohonan Pembetulan Maklumat Kesilapan Perkeranian boleh dibuat oleh individu berikut:
  1. Ibu atau bapa kandung kanak-kanak;
  2. Penjaga kanak-kanak yang sah;

Pemohon dikehendaki hadir ke mana-mana kaunter Jabatan Pendaftaran Negara di seluruh Semenanjung Malaysia dengan membawa dokumen-dokumen yang diperlukan.

DOKUMEN KANAK-KANAK (ASAL DAN SALINAN)
  1. Borang JPN.LM21 dan JPN.LM22 yang lengkap;
  2. Sijil Kelahiran kanak-kanak (asal dan salinan);
  3. Borang Maklumat Keluarga BMK81;
  4. Kad Pengenalan atau dokumen pengenalan diri pemohon (asal dan salinan);
  5. Surat Kebenaran Penjagaan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (jika permohonan dibuat oleh penjaga kanak-kanak) (asal dan salinan);
  6. Pasport atau dokumen insurans atau buku bank kanak-kanak sekiranya kanak-kanak telah mempunyai pasport atau akaun bank atau insurans (asal dan salinan);
  7. Dokumen-dokumen lain yang boleh menyokong permohonan.
DOKUMEN IBU DAN BAPA (ASAL DAN SALINAN)
  1. Kad Pengenalan atau dokumen pengenalan diri ibu dan bapa (asal dan salinan);
DOKUMEN ADIK BERADIK (ASAL DAN SALINAN)
  1. Sijil Kelahiran atau Kad Pengenalan adik-beradik kanak-kanak jika ada (asal dan salinan);
  1. Bayaran pendaftaran permohonan RM2.00;
  2. Bayaran cabutan Sijil Kelahiran RM5.00.

JPN. LM21 – Permohonan Kemasukan Nama/ Pembetulan Maklumat Di Dalam Daftar Kelahiran

JPN.LM22-Surat Akuan Permohonan Pembetulan Fakta.

BMK81 – Borang Maklumat Keluarga

Makluman : Borang dalam portal ini hanya untuk panduan.Tidak digalakkan untuk mencetak dan menggunakan borang tersebut untuk berurusan.bagi urusan,sila gunakan barang asal.

.
X