Permohonan Pembetulan Maklumat Seksyen 27(3)Dalam Sijil Kelahiran Bagi Pembetulan Kesilapan Fakta

Print Friendly and PDF

Permohonan untuk membetulkan kesilapan fakta di mana maklumat yang diberi pemaklum semasa pendaftaran kelahiran tidak betul atau tidak diperolehi. Pemohon perlu mengemukakan dokumen sokongan bagi membuktikan kesilapan fakta tersebut.

Permohonan Pembetulan Maklumat Kesilapan Fakta boleh dibuat oleh individu berikut:
  • Pemilik Sijil Kelahiran;
  • Ibu atau bapa kandung kanak-kanak;
  • Penjaga kanak-kanak yang sah;
  • Pemohon dikehendaki hadir ke mana-mana kaunter Jabatan Pendaftaran Negara di seluruh Semenanjung Malaysia dengan membawa dokumen-dokumen yang diperlukan.

    DOKUMEN KANAK-KANAK (ASAL DAN SALINAN)
  • Borang JPN.LM21 dan yang lengkap;
  • Surat Akuan Sumpah JPN.LM22;
  • Borang Maklumat Keluarga BMK81;
  • Sijil Kelahiran kanak-kanak (asal dan salinan);
  • Kad Pengenalan atau dokumen pengenalan diri pemohon, kanak-kanak dan adik-beradik kanak-kanak; (asal dan salinan);
  • Surat Kebenaran Penjagaan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (jika permohonan dibuat oleh penjaga kanak-kanak) (asal dan salinan);
  • Pasport atau dokumen insurans atau buku bank kanak-kanak sekiranya kanak-kanak telah mempunyai pasport atau akaun bank atau insurans (asal dan salinan);
  • Sijil Nikah atau sijil perkahwinan (asal dan salinan);
  •  

    DOKUMEN IBU DAN BAPA (ASAL DAN SALINAN)
  • Kad Pengenalan atau dokumen pengenalan diri ibu dan bapa atau Sijil Kematian ibu bapa kanak-kanak (asal dan salinan);
  • Surat Keizinan oleh ibu bapa kandung kanak-kanak yang memberikan kebenaran kepada penjaga untuk membuat permohonan;
  • Sijil Perkahwinan atau Sijil Perceraian (asal dan salinan);
  • Dokumen-dokumen lain yang boleh menyokong permohonan seperti Sijil atau Kad  Memeluk Agama Islam ibu atau bapa kanak-kanak, Sijil Kelahiran atau Sijil Kematian ibu atau bapa kanak-kanak dan surat kelulusan penukaran nama daripada Bahagian Kad Pengenalan, JPN;
  •  

    DOKUMEN ADIK BERADIK (ASAL DAN SALINAN)
  • Sijil Kelahiran atau Kad Pengenalan adik-beradik kanak-kanak jika ada (asal dan salinan);
  • Bayaran pendaftaran permohonan RM2.00
  • Bayaran kelulusan permohonan RM 5.00
  • Bayaran cabutan Sijil Kelahiran RM 5.00
  • JPN. LM21 – Permohonan Kemasukan Nama/ Pembetulan Maklumat Di Dalam Daftar Kelahiran

    JPN. LM22-Surat Akuan Permohonan Pembetulan Fakta Dalam Daftar Kelahiran

    BMK81 – Borang Maklumat Keluarga

    Makluman: Borang dalam portal hanya untuk panduan. Tidak digalakkan untuk mencetak dan menggunakan borang tersebut untuk berurusan .Bagi urusan , sila gunakan borang asal.

    .
    X