Permohonan Pembetulan Maklumat Seksyen 30 Dalam Sijil Kelahiran Bagi Kesilapan Perkeranian (Sabah)

Print Friendly and PDF

Permohonan untuk membetulkan kesilapan kecil dilakukan oleh Pendaftar yang cuma melibatkan ejaan yang mana jika pembetulan dibuat tidak akan mengubah fakta di dalam Sijil Kelahiran.

Permohonan Pembetulan Maklumat Kesilapan Perkeranian boleh dibuat oleh individu berikut:

  1. Ibu atau bapa kandung kanak-kanak;
  2. Penjaga kanak-kanak yang sah;

Pemohon dikehendaki hadir ke mana-mana kaunter Jabatan Pendaftaran Negara di Sabah dengan membawa dokumen-dokumen yang diperlukan.

DOKUMEN KANAK-KANAK (ASAL DAN SALINAN)

  1. Borang PSB 4 dan PSB 4A yang lengkap; –
  2. Sijil Kelahiran kanak-kanak (asal dan salinan);
  3. Kad Pengenalan atau dokumen pengenalan diri kanak-kanak (asal dan salinan);
  4. Pasport atau dokumen insurans atau buku bank kanak-kanak sekiranya kanak-kanak telah mempunyai pasport atau akaun bank atau insurans (asal dan salinan);
  5. Dokumen-dokumen lain yang boleh menyokong permohonan.

 

DOKUMEN IBU DAN BAPA (ASAL DAN SALINAN)

1.         Kad Pengenalan atau dokumen pengenalan diri ibu dan bapa (asal dan salinan);

2.         Surat Keizinan oleh ibu bapa kandung kanak-kanak yang memberikan kebenaran kepada penjaga untuk membuat permohonan;

  1. Bayaran pendaftaran permohonan RM2.00
  2. Bayaran kelulusan permohonan RM 5.00
  3. Bayaran cabutan Sijil Kelahiran RM 5.00
.
X