Permohonan Pembetulan Maklumat Seksyen 11 Dalam Sijil Kelahiran Bagi Pengubahan Nama Kanak-Kanak Di Bawah Satu (1) Tahun (Sarawak)

Print Friendly and PDF

Permohonan mengubah nama kanak-kanak yang telah didaftarkan hanya boleh dibuat dalam tempoh satu (1) tahun dari tarikh kelahiran kanak-kanak itu berlaku.

Permohonan Pembetulan Maklumat seksyen 11 boleh dibuat oleh individu berikut:

  • Ibu atau bapa kandung kanak-kanak;
  • Penjaga kanak-kanak yang sah;
  • Pemohon dikehendaki hadir ke mana-mana kaunter Jabatan Pendaftaran Negara di Sarawak dengan membawa dokumen-dokumen yang diperlukan.

    DOKUMEN KANAK-KANAK (ASAL DAN SALINAN)

  • Borang Form VIl dan Borang X yang lengkap;
  • Surat Akuan Sumpah;
  • Borang Maklumat Keluarga BMK81 dan BMK 81A;
  • Sijil Kelahiran kanak-kanak; (asal dan salinan);
  • Kad Pengenalan atau dokumen pengenalan diri pemohon; (asal dan salinan);
  • Pasport atau dokumen insurans atau buku bank kanak-kanak sekiranya kanak-kanak telah mempunyai pasport atau akaun bank atau insurans; (asal dan salinan)
  • Gambar kanak-kanak berukuran 3R (poskad) dan berukuran pasport;
  • Surat akuan bersekolah jika kanak-kanak bersekolah;
  • Surat Akuan Penghulu di kawasan tempat tinggal kanak-kanak;
  •  
    DOKUMEN IBU DAN BAPA (ASAL DAN SALINAN)

  • Kad Pengenalan atau dokumen pengenalan diri ibu dan bapa (asal dan salinan);
  • Surat Kebenaran Penjagaan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (jika permohonan dibuat oleh penjaga kanak-kanak);
  • Surat Keizinan oleh ibu bapa kandung kanak-kanak yang memberikan kebenaran kepada penjaga untuk membuat permohonan;
  • Bayaran pendaftaran permohonan RM2.00
  • Bayaran kelulusan permohonan RM 5.00
  • Bayaran cabutan Sijil Kelahiran RM 5.00
  • borang x-Permohonan Carian/Cabutan

    BMK 81-Borang Maklumat Keluarga

    BMK-81A-Senarai Gambar Pemohon,Ibu,Bapa dan Adik beradik

    Makluman : Borang dalam portal ini hanya untuk panduan. Tidak digalakkan untuk mencetak dan menggunakan borang tersebut untuk berurusan. Bagi urusan, sila gunakan borang asal.

    .
    X