Cabutan Laporan Kematian Luar Negara (Semenanjung)

Print Friendly and PDF

Permohonan untuk mendapatkan salinan laporan kemaskini kematian luar negara. Permohonan cabutan ini hanya boleh dilakukan oleh pemohon yang layak sekiranya maklumat kematian si mati yang berlaku di luar negara telah dilapor dan dikemaskini di dalam sistem JPN. Permohonan ini boleh dibuat di mana-mana Pejabat JPN di seluruh Malaysia.

Permohonan Cabutan laporan kematian luar negara boleh dibuat oleh individu berikut:

  1. Ibu atau bapa pemilik Sijil Kematian;
  2. Suami atau isteri pemilik Sijil Kematian;
  3. Anak kandung atau anak angkat yang sah bagi pemilik Sijil Kematian;
  4. Adik-beradik kandung pemilik Sijil Kematian;
  5. Firma Guaman;
  6. Badan Berkanun;
  7. Agensi kerajaan.

KATEGORI 1: INDIVIDU DALAM KATEGORI A HINGGA D

  1. Borang JPN.LM02 yang lengkap;
  2. Kad Pengenalan atau dokumen pengenalan diri pemohon (asal dan salinan);
  3. Salinan sijil kematian si mati (sekiranya ada).
  4. Sijil Perkahwinan (asal dan salinan)

 

KATEGORI 2: INDIVIDU DALAM KATEGORI E

  1. Borang JPN.LM02 yang lengkap;
  2. Surat Rasmi Pejabat Firma Guaman untuk memohon carian dan cabutan dalam daftar;
  3. Surat lantikan daripada anak guam (pemohon);
  4. Kad Pengenalan atau dokumen pengenalan diri anak guam (pemohon) (salinan);
  5. Surat wakil kuasa untuk menguruskan permohonan (sekiranya berkaitan).

 

KATEGORI 3: INDIVIDU DALAM KATEGORI F DAN G

  1. Borang JPN.LM02 yang lengkap;
  2. Surat Rasmi Badan Berkanun atau Agensi Kerajaan untuk memohon carian atau cabutan dalam daftar;
  3. Surat wakil kuasa pemohon untuk menguruskan permohonan (sekiranya berkaitan).

Percuma

JPN.LM02 – Makluman : Borang dalam portal ini hanya untuk panduan.Tidak digalakkan untuk mencetak dan menggunakan borang tersebut untuk berurusan.Bagi urusan,sila gunakan borang asal.

.
X