Cabutan Sijil Kematian (Sarawak)

Print Friendly and PDF

Permohonan untuk mendapatkan salinan daftar kematian oleh pemohon yang berkelayakan dengan bayaran fee yang ditetapkan. Permohonan cabutan sijil kematian ini boleh dibuat di JPN Negeri dan JPN Putrajaya sahaja.

Permohonan Cabutan Sijil Kematian boleh dibuat oleh individu berikut:

  1. Ibu atau bapa si mati ;
  2. Suami atau isteri si mati ;
  3. Anak kandung atau anak angkat yang sah bagi pemilik Sijil Kematian;
  4. Adik-beradik kandung pemilik Sijil Kematian;
  5. Firma Guaman;
  6. Badan Berkanun;
  7. Agensi kerajaan.

.

KATEGORI 1: INDIVIDU DALAM KATEGORI 1 HINGGA 4

  1. Borang X1 yang lengkap;
  2. Kad Pengenalan atau dokumen pengenalan diri pemohon (asal dan salinan);
  3. Salinan sijil kematian si mati  (sekiranya ada).

 

KATEGORI 2: INDIVIDU DALAM KATEGORI 5

  1. Borang X1 yang lengkap;
  2. Surat Rasmi Pejabat Firma Guaman untuk memohon carian dan cabutan dalam daftar;
  3. Surat lantikan daripada anak guam (pemohon);
  4. Kad Pengenalan atau dokumen pengenalan diri anak guam (pemohon) (salinan);
  5. Surat wakil kuasa untuk menguruskan permohonan (sekiranya berkaitan).

 

KATEGORI 3: INDIVIDU DALAM KATEGORI 6 DAN 7

  1. Borang X1 yang lengkap;
  2. Surat Rasmi Badan Berkanun atau Agensi Kerajaan untuk memohon carian atau cabutan dalam daftar;
  3. Surat wakil kuasa pemohon untuk menguruskan permohonan (sekiranya berkaitan).

Bayaran permohonan RM 5.00. Manakala permohonan daripada Agensi Kerajaan adalah dikecualikan bayaran.

.
X